Datuk Dr Laurentius Nayan Ambu dilantik Timbalan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah INSKEN

KUALA LUMPUR: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menyampaikan watikah pelantikan kepada Pengerusi Lembaga Pengarah Institut Koperasi Malaysia (IKMa) Onn Abu Bakar dan Pengerusi Lembaga Pengarah Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) yang baharu, Mustaffa Kamil Ayub.

Advertisements

Turut disampaikan watikah pelantikan Timbalan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah INSKEN Datuk Dr. Nayan Yambu @ Laurentius dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah INSKEN Datin Sabrina Ahmad.

Penyampaian watikah itu diadakan sempena Perhimpunan Bulanan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dan sambutan Hari Raya Aidilfitri KUSKOP, di Dewan Tun Razak Menara Kembar Bank Rakyat, di sini, kelmarin.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Dato’ Ramanan Ramakrishnan, Ketua Setiausaha KUSKOP Dato’ Sri Suriani Dato’ Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Keusahawanan) Datuk Haji Zamri Salleh, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan pemantauan) Noor Afifah Abdul Razak dan semua warga kerja serta agensi kementerian.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles