UMNO Labuan Bangkit Semula

Oleh Jainudin Djimin

Advertisements

LABUAN:Persidangan Tahunan UMNO peringkat Cawangan yang  telah bermula pada 4 Mei lalu mula menunjukkan kebangkitan semula UMNO  di Labuan apabila kehadiran ahli-ahli parti di peringkat cawangan begitu memberangsangkan dan di luar jangkaan.

Ketua UMNO Bahagian Labuan, Datuk Mohd Rafi yang hadir merasmikan dua   cawangan menzahirkan rasa bangga dengan kehadiran ahli-ahli UMNO yang bukan sahaja  begitu ramai tetapi juga penuh bersemangat.

Beliau berkata, kehadiran ahli ahli UMNO yang penuh bersemangat membolehkan parti keramat orang Melayu, UMNO khususnya di Labuan akan terus bergerak kehadapan sesuai dengan perubahan sikap, pemikiran dan landskap politik negara.

“Syukur Alhamdulilah saya berkesempatan hadir untuk merasmikan di dua buah  cawangan yang bermesyuarat  pada minggu ini telah mengeggarkan suasana mesyuarat dengan kehadiran ahli yang  begitu ramai  dan ini secara tidak langsung membuktikan UMNO Labuan khususnya telah bangkit semula.

“Kami yang hadir  merasakan  seperti kempen pilihan raya… syabas dan tahniah kepada cawangan UMNO yang telah bermesyuarat  dengan penuh bersemangat” katanya dalam kenyataan dimuat naik di Facebook pada Ahad.

Dua buah cawangan UMNO yang telah bermesyuarat dengan kehadiran ahlinya melebihi 2/3 ialah, Cawangan UMNO Rancha-Rancha Laut dan UMNO Cawangan Gersik Seguking.

UMNO Bahagian Labuan yang mempunyai 30 cawangan telahpun memulakan persidangan tahunannya secara berperingkat bermula pada 4 Mei lalu  dan akan berterusan sehingga 2 Jun depan.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles