KPDN pandang serius kenaikan harga gula di Sabah

KOTA KINABALU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memandang serius kenaikan harga gula di pasaran.

Advertisements

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Datuk James Ratib berkata, KPDN komited menggerakkan semua Pegawai Penguatkuasa dan Pemantau harga seluruh negeri bagi memastikan gula dijual pada harga kawalan di samping memastikan bekalan gula mencukupi.

Katanya, KPDN telah menguatkuasa Ops Kristal bagi memantau bekalan negeri dengan memastikan sumber bekalan gula pasir putih bertapis kasar dan gula pasir putih bertapis halus di semua pemborong utama gula yang disasarkan adalah dari sumber pembekal sah.

“Memastikan semua pemborong utama gula yang disasarkan mempunyai dokumen pembelian dan pengedaran gula yang sah.

“Memastikan semua pemborong utama gula yang disasarkan mematuhi perundangan yang berkuatkuasa di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya pada jawapan bertulis pada Mesyuarat Pertama Penggal Ke-5 Dewan Undangan Negeri Ke-16, hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Dr Yusof Yacob (ADUN Sindumin) adakah kerajaan memantau harga semasa bekalan gula di Sabah dan apakah tindakan kerajaan terhadap isu kekurangan bekalan gula di Sabah ketika ini.

James berkata, di bawah Ops Kristal, sebanyak 18 pemborong utama gula di Sabah telah dipilih dan KPDN Akan membuat penilaian serta pengauditan dari semasa ke semasa.

Katanya, KPDN telah mewujudkan Dedicated Retailer (DDR) dan Dedicated Wholesaler (DDW) sebagai penanda aras bagi premis yang menjual barang kawalan seperti gula.

‘Ia memudahkan pemantauan serta menjadi petunjuk kepada orang ramai lokasibarant Kawalan,” katanya.

Beliau berkata, terdapat 161 DDR dan 89 DDW yang dilantik bagi memastikan lokasi gula di pasaran negeri ini.

Tambahnya, KPDN juga mengarahkan pemborong supaya mewujudkan stok penimbang until memudahkan agensi ini mengagihkan bekalan ke tempat yang memerlukan.

James berkata, KPDN sentiasa memantau dan memastikan pengagihan gula diterima di seluruh negeri ini agar bekalan tidak terputus.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles