97 jawatan doktor pakar masih belum diisi di Sabah

KOTA KINABALU: Jumlah kekosongan jawatan doktor pakar pelbagai disiplin di hospital Kerajaan seluruh Sabah tidak termasuk Labuan setakat April ini adalah seramai 97 jawatan.

Advertisements

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Negeri Datuk James Ratib, berkata, beberapa inisiatif telah dirancang oleh Kementerian ini melalui Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) bagi mengisi kekosongan jawatan oleh pakar anak tempatan .

Beliau berkata, antaranya, mencadangkan penambahan kuota bilangan pelajar perubatan Sabah di Universiti Malaysia Sabah yang secara tidak langsung akan menambah Pegawai perubatan dan seterusnya pakar di negeri ini.

“Pembukaan Hospital UMS akan menyediakan ruang bagi pewujudan program kepakaran di dalam negeri yang akan menggalakkan minat pegawai perubatan Sabah untuk menjadi doktor pakar,” katanya pada Jawapan Lisan Mesyuarat Penggal Ke-5 Dewan Undangan Negeri Sabah Ke-16, hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Dr Yusof Yacob (ADUN Sindumin) mengenai jumlah kekosongan jawatan doktor pakar berbagai disiplin di Hospital Kerajaan di seluruh Sabah dan Labuan serta inisiatif atau program kerajaan untuk mengisi kekosongan dengan pakar-pakar anak Sabah.

James berkata, inisiatif lain adalah memberi keistimewaan khas bagi permohonan Hadiah Lanjutan Pelajaran kepada calon-calon dari Sabah untuk menarik minat lebih ramai Pegawai Perubatan menyertai program kepakaran.

Katanya, mengiktiraf lebih banyak peperiksaan kepakaran external paper/parallel pathway akan menggalakkan dan memudahkan pengambilan bidang kepakaran bagi pegawai perubatan Sabah yang tidak perlu berada di luar Sabah bagi tujuan ini.

Tambahnya, memberikan Insentif Khas Bayaran Insentif Penempatan Pakar khususnya untuk pakar Sabah dan Sarawak dengan kadar maksimum sebanyak RM2,500 bagi menggalakkan lebih ramai pakar Sabah.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles