Kesatuan pemimpin Sabah sahaja boleh realisasikan M63 – Suhaimi

KOTA KINABALU: ADUN Dilantik, Datuk Suhaimi Nasir menegakkan tiada anak mana-mana pemimpin yang rasional boleh menolak bahawa hanya kesatuan pemimpin Sabah boleh merealisasikan hak-hak Sabah dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Advertisements

“Selagi ada “lophole” dilihat sebagai kelemahan dan menjadi penghalang terealisasinya hak-hak Sabah dalam MA63 secara tuntas”, katanya.

Beliau berkata isu tidak terealisasinya peruntukan pembangunan Persekutuan untuk Sabah, sebahagian besarnya berpunca daripada jabatan-jabatan Persekutuan, sehingga mengwujudkan persepsi, bahawa Kerajaan Negeri tidak berkeupayaan melaksanakan projek-projek pembangunan.

“Rupanya punca daifnya kemudahan asas di Sabah yang meliputi semua sektor adalah kesan peruntukkan kitar semula.

“Keadaan ini tidak boleh berterusan dan perlu dihentikan”, tegasnya semasa membahas ucapan Dasar Kerajaan 2024 sempena Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima DUN Sabah ke-16.

Suhaimi yang juga Ahli Parlimen Libaran berkata diyakni menerusi kepimpinan Ketua Menteri Sabah dan barisan kabinet negeri, dan mungkin sokongan daripada wakil-wakil rakyat pembangkang, usaha menoktahkan peruntukkan kitar semula akan berakhir dengan segera.

Dalam masa sama, beliau turut membangkitkan isu peruntukan ADUN berdasarkan keluasan dan kedaifan.

“Adalah satu keperluan untuk kerajaan menggunakan pendekatan agihan peruntukkan setiap ADUN berpandukan pada keluasan atau kedaifan sesebuah DUN, sebagai upaya mempercepat keseimbangan kemajuan dan pembangunan.

“Pada masa ini, pendekatan kerajaan memperuntukan agihan sama rata, tanpa mengira kedudukkan DUN yang diwakili,” katanya.

Suhaimi menjelaskan selain pendekatan berpandukan pada kedaifan sesebuah kawasan DUN, juga perlu diambilkira status kehidupan rakyat yang diwakili.

“Difikirkan lebih adil dan seksama, jika kerajaan mengambil pendekatan sedemikian, supaya rakyat negeri ini merasai keseimbangan kemajuan, pembangunan dan sosioekonomi.

“Jika berpandukan pada perjuangan parti kerajaan untuk mengwujudkan stabil politik, kemakmuran negeri dan jaminan kesejahteraan, maka difikirkan sudah sampai masa kerajaan melaksanakan jumlah peruntukan yang berbeza berasaskan kedudukan sesebuah DUN.

Untuk melaksanakan agihan peruntukan yang berbeza itu, beliau mencadangkan perlu diwujudkan nisbah atau asas agihan, dan tentunya kerajaan lebih arif mengenainya berpandukan data statistik.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles