Ketua Menteri bersama Jemaah Menteri, penjawat awam bertungkus lumus jayakan misi Kerajaan Negeri tangani masalah dihadapi rakyat – Dr Yusof

KOTA KINABALU, Dibawah kepimpinan Ketua Menteri bersama Jemaah Menteri dan penjawat awam telah bertungkus lumus untuk menjayakan misi bagi menyelesaikan masalah infrastruktur yang telah lama rakyat negeri ini warisi.

Advertisements

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin Datuk Dr Yusof Yacob berkata kalau disebut satu persatu hingga sekarang banyak masalah khususnya berkaitan infrastruktur asas bekalan air, elektrik dan jalan raya.

“Semua ini tidak perlu kita ungkit, yang penting adalah usaha Ketua Menteri dan juga Jemaah Menteri serta penjawat awam untuk kita selesaikan masalah ini untuk kebaikan Sabah.

“Cukup-cukuplah menyalahkan satu masa lain..sepatutnya beri sokongan dan bagi peluang Kerajaan Negeri dibawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Pakatan Harapan (PH) Sabah selesaikan masalah negeri ini,” katanya pada usul ucapan bagi melahirkan Terima Kasih kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah atas ucapan dasar Kerajaan pada Mesyuarat Penggal Ke-5 Dewan Undangan Negeri Sabah Ke-16 di sini, hari ini.

Dr Yusof yang juga Pengerusi Kelab Backbenchers GRS meminta rakyat memberi masa dan memahami hasrat kerajaan negeri itu dalam menyelesaikan masalah yang ada.

“Syukur juga YAB Ketua Menteri dari Kerajaan GRS-PH Sabah Plus telah memberi penjelasan tentang strategi penyelesaian masalah air, masalah elektrik dan masalah jalan raya. Kita berharap rakyat bersabar dan memberi kepercayaan kepada YAB Ketua Menteri menyelesaikan isu ini.

Pada masa sama, beliau berkata jangan ada lagi langkah untuk menukar Ketua Menteri sebaliknya memberikan sokongan kepada Datuk Seri Panglima Hajiji Noor.

Menurutnya dalam ucapan dasar Yang di-Pertua Negeri menyatakan satu persatu usaha diambil kerajaan negeri bagi menyelesaikan masalah dihadapi rakyat dan kejayaan.

Namun, katanya, ada juga orang tidak faham dan mengatakan Ketua Menteri dan GRS-PH Plus gagal dan slogan Sabah Maju Jaya dimomokkan dan dipermainkan.

“Sedangkan orang yang bercakap ini adalah bekas orang yang pernah memerintah dan tahu kerajaan ini. Semasa mereka (Dalam Kerajaan Negeri) juga ada masalah ini dan ada usaha atau tidak diselesaikan,” kata Dr Yusof.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles