Kunjung Mengunjungi kukuhkan Silahtulrahim

Oleh LD

Advertisements

KOTA KINABALU: Suasana sambutan Rumah Terbuka masih lagi diadakan oleh beberapa pemimin di negeri ini. Hari Raya Aidil Fitri merupakan perayaan yang mengembirakan bukan sahaja bagi umat Islam di negara ini tetapi juga kepada semua rakyat Malaysia. Kita rakyat Malaysia, tanpa mengira kepercayaan agama menyambut perayaan ini bersama-sama dengan cara yang unik kepada masyarakat Malaysia.

Adalah menjadi lumrah tradisi di negara kita bahawa pada Hari Raya, kita saling bertukar salam dengan rakan-rakan Islam, rakan sejawat dan kaum keluarga serta turut mengunjungi dan merayakan rumah terbuka.

Sambutan perayaan ini oleh masyarakat Malaysia yang mempunyai kepercayaan lain mencerminkan perpaduan, keharmonian dan toleransi agama yang wujud dalam masyarakat Malaysia yang berbilang budaya.

Ciri-ciri inilah yang menjadikan kebanyakan masyarakat dunia menyanjung malah merasa iri hati kepada kita. Sebagai rakyat Malaysia, kita harus berbangga dan bersyukur kepada ciri-ciri ini.

Ketua Wanita Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Seri Panglima Azizah Mohd Dun berkata tradisi rumah terbuka secara tidak langsung merapatkan hubungan antara pemimpin dan rakyat. Menerusi majlis seperti ini perpaduan kaum dapat diperkukuhkan melalui budaya kunjung-mengunjung.

Beliau berkata, rakyat berbilang kaum di negeri ini bebas mengamalkan cara hidup tanpa sebarang diskriminasi termasuk menganjurkan sambutan sempena hari kebesaran sama ada Aidilfitri, Tahun Baru Cina dan Deepavali.

Beliau berkata demikian semasa majlis ditemui Rumah Terbuka beliau di Jalan Kurol Melangi Kampung Likas semalam.

Turut hadir mantan Speaker Dun Sabah, Datuk Seri Panglima Syed Abas Syed Ali, ahli Masjid Bandaraya, CEO IDS Sabah, Datuk Dr Rem Dambul, Ketua Wanita Gagasan Rakyat Sabah, Datuk Redonah Bahanda, komponen Wanita GRS, Wanita Gagasan Rakyat, ahli NGO serta masyarakat setempat.

Lebih kurang 500 orang menghadiri rumah terbuka beliau.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles