MoU PBS dan STAR umpama memformalkan hubungan ‘Parti Adik-Beradik” – Mudi

KOTA KINABALU : Menandatangani memorandum persefahaman (MOU) antara Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) hanya memberi keuntungan kepada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tetapi bukan kepada rakyat di negeri ini.

Advertisements

Ahli Majlis Tertinggi Parti Warisan (Warisan)Mudi Dubing berkata, rakyat di Sabah mesti akan mengenangkan apa sejarah ini akan berulang untuk membawa kebaikan kepada mereka atau hanya memberi keuntungkan semata-mata kepada PBS dan STAR Sabah.

Katanya, apakah gabungan ini benar-benar ikhlas untuk membantu orang Sabah atau hanya memberi kekuatan kepada GRS menjelang PRN yang akan datang ini.

“Jika sekiranya gabungan ini gagal mendapat bilangan kerusi yang mencukupi sudah tentu mereka akan berpihak atau beralih sokongan kepada mana-mana gabungan lain untuk membentuk kerajaan nanti.

“STAR Sabah sudah terbukti mempunyai ciri-ciri ini…MoU ini sepatutnya digunakan untuk memperjuangkan hak orang-orang Sabah…MoU ini bukan juga untuk memperjuangkan orang Kadazandusun dan Murut (KDM) di negeri ini.

“Gabungan ini hanya memberi keuntungan serta memberi kekuatan kepada GRS sekali gus dilihat hanya memenuhi kepentingan diri mereka sendiri,” katanya di sini hari ini.

Mudi merupakan Ketua Bahagian Warisan Pensiangan berkata, apa kepentingan GRS kepada orang suku kaum Dusun di Sabah, sedangkan tanah mereka diambil, pernahkah Dr Jeffrey cuba mempertahankan hak mereka di dalam kabinet ketika ia menjawat jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah.

“Pernahkah kita mendengar Dr Jeffrey memprotes, mengugut akan keluar sekiranya kerajaan masih gagal menyelesaikan isu tanah yang diambil terutama membabitkan orang-orang KDM? Tiada….”

“Sejarah juga menunjukkan Datuk Mark Kording, Tan Sri Bernard Giluk Dompok, Tan Sri Joseph Kurup, meninggalkan PBS adalah disebabkan oleh Dr Jeffrey. Sejak dahulu dan kini PBS pernah memerintah apa yang telah dibuat oleh PBS?

“PBS ada Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam manakala STAR Sabah ada Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Dr Jeffrey G. Kitingan….Tetapi apa yang mereka perjuangkan kepada masyarakat KDM?” jelas Mudi.

Secara keseluruhan Mudi berkata, MoU ini hanya bersikap memenuhi keperluan kekuatan GRS serta yakin akan memperoleh kemenangan besar menjelang PRN Sabah nanti.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles