Sang Badak akan beraksi di Keningau 23 April

KENINGAU: Peminat dan penyokong Kelab Bolasepak Sabah (Sabah FC) -Sang Badak di sekitar pedalaman bakal berpeluang menyaksikan sendiri kelibat kesebelasan pemain Sabah FC pada 23 April ini di Kompleks Sukan Keningau.

Advertisements

Pengurus pasukan Sabah FC yang juga Presiden Keningau FA, Encik Rafie Robert, berkata , pasukan itu akan mengadakan jelajah perlawanan di tiga buah daerah di negeri ini.

“Keningau merupakan destinasi pertama jelajah ini pasukan Sabah FC akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan Keningau FA pada 23 April, jam 7 malam.

“Selepas Keningau , jelajah perlawanan ini akan diteruskan di daerah Sandakan dan Tawau . Ini merupakan peluang keemasan peminat dan penyokong kepada pasukan Sabah FC untuk menyaksikan sendiri pasukan kesayangan mereka beraksi di pendalaman “Kata Rafie ketika ditemui media pada Khamis.

Menurut Rafie, sudah tentu pasukan Keningau FA amat teruja dengan perlawanan persahabatan itu dan berharap pemain dibawah bimbingan jurulatih Well Apin akan turut mempamerkan aksi terbaik.

“Jelajah ini merupakan penghargaan kepada semua lapisan penyokong di negeri ini, selain pemangkin kepada pasukan Sabah FC untuk berentap lebih baik dan bersemangat lagi dalam perlawanan di peringkat seterusnya”, katanya.

Dibawah bimbingan Ketua jurulatih, Datuk Ong Kim Swee , Rafie yakin pemain Sang Badak mampu mempamerkan prestasi terbaik dalam perlawanan liga akan datang, seterusnya membolehkan mereka menjulang piala kemenangan melintasi Laut Cina Selatan.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles