Toleransi tinggi kalangan rakyat Sabah tanpa mengira agama, fahaman bolehkan sambutan perayaan disambut bersama – Yusof

SIPITANG: Toleransi yang tinggi kalangan rakyat Sabah tanpa mengira agama dan fahaman membolehkan sambutan perayaan di negeri ini disambut bersama-sama.

Advertisements

Ahli Dewan Undangan Negeri Sindumin Datuk Dr Yusof Yacob berkata samada majlis berbuka puasa, sambutan Hari Raya Aidil Fitri, Tahun Baru Cina dan Hari Krismas selalu disambut bersama-sama menunjukkan perpaduan erat yang dijalin selama ini.

“Walaupun berlainan agama, fahaman tetapi kesatuan kita menjadi satu simbol orang Sabah yang tidak boleh dipisahkan dimana juga kita berada,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Khatam Al-Quran dan Berbuka Puasa Anjuran Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Bahagian Sindumin di pejabat bahagian itu dekat sini, semalam.

Hadir sama di majlis itu, Timbalan Ketua Bahagian Datuk Ir. Mustapa Kassim, Naib Ketua Bahagian Mohd Kassim Ali Yusof, Ketua Wanita Bahagian Anisah Darmansa, Ketua Pergerakan Pemuda Bahagian Walter Antahar dan Ketua Beliawanis Bahagian Nurfasiha Masri.

Dr Yusof berkata, program ini berlangsung meriah dengan kehadiran ramai jemputan termasuk mereka yang bukan beragama Islam.

Justeru itu, beliau berkata, keharmonian hidup kalangan rakyat negeri ini harus dijaga dan diperkukuhkan yang menjadi antara faktor penting kepada keamanan negeri ini.

Pada masa sama, beliau yang juga Pengerusi Qhazanah Sabah Berhad mengajak rakyat negeri ini khususnya di daerah ini supaya menolak unsur-unsur yang boleh memecahkan perpaduan kaum.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles