Program Jelajah Amal Ramadanbantu masyarakat luar bandar kurang mampu – Fairuz

KOTA BELUD : Usaha syarikat swasta serta badan bukan kerajaan (NGO) membantu kerajaan dalam menyalurkan sumbangan kepada masyarakat sempena bulan ramadan harus diberikan pujian.

Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Fairuz Renddan berkata, dengan adanya penyertaan mereka memberi bantuan sedemikian membolehkan lebih banyak pihak lain di luar sana sebagai contoh kepada syarikat lain agar turut sama menyalurkan sumbangan.

Katanya, dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu sumbangan ini sangat besar kepada penerima bagi membolehkan mereka dapat membuat persiapan dalam menyambut perayaan Hari Raya Adilfitri.

“Kita ucapakan terima kasih kepada mereka yang terfikir untuk mengatur bantuan atau sumbangan seperti ini, dengan harapan akan lebih ramai lagi pihak akan tampil dengan usaha dan niat sama ini.

“Bukan mudah bagi sebuah syarikat seperti Kim Teck Cheong Consolidated Berhad bersama-sama dengan agensi kerajaan seperti Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) menyalurkan sumbangan hampir di semua kawasan di negeri ini ,” katanya pada majlis berbuka puasa di Kota Belud di sini semalam.

Fairuz merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pintasan berkata, sudah tentu KTC mengeluarkan perbelanjaan besar bagi menjayakan program jelajah amal di seluruh negeri Sabah.

“Sebelum ini Kim Teck Cheong Consolidated Berhad banyak menyumbang kepada barisan hadapan di hospital dan klinik kerajaan semasa COVID-19 manakala kini tampil membantu golongan memerlukan di seluruh negeri.

“Dalam usaha membantu golongan masyarakat agar keluar daripada garis kemiskinan, kerjasama dengan syarikat korporat merupakan antara ruang terbaik bersama-sama kerajaan memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan,” jelas Fairuz.

“Bagi pihak kepimpinan di sini, kita amat menghargai Dexter dan team beliau kerana sudi mengongsikan rezekinya kepada masyarakat lain, semoga rezeki mereka akan bertambah tanpa henti,” tambah Fairuz.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Kim Teck Cheong Consolidated Berhad, Dexter Lau, berkata beliau gembira kerana disamping menyumbang mereka juga berpeluang memperkenalkan perniagaan utamanya kepada seluruh masyarakat di negeri Sabah..

“Sumbangan ini adalah sebagai menyokong segala usaha kerajaan yang sentiasa prihatin dengan golongan memerlukan dan ianya merupakan sebahagian dari usaha tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat tersebut,” katanya.

Hadir sama, Pengerusi Simen Industri Sabah, Datuk Japlin Akim dan Pengarah UPPM Sabah, Datuk Awang Kadin Tang.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles