PIBG Maktab Sabah prihatin bantu ringankan beban pelajar Asnaf

KOTA KINABALU: Seramai 20 orang pelajar asnaf dari sekolah Maktab Sabah menerima sumbangan pakaian raya daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu.

Advertisements

Yang Dipertua PIBG Maktab Sabah, Mohammad Arif Tun Sakaran berkata, inisiatif yang dilaksanakan ini bertujuan meringankan beban keluarga pelajar yang berpendapatan rendah dan kurang berkemampuan di samping memberikan keceriaan dan semangat kepada para pelajar.

“Kita memberi pelajar-pelajar ini peluang untuk mereka memilih sendiri pakaian yang mereka suka dan seterusnya merasai kemeriahan membeli-belah sebagai persiapan menyambut Raya sama seperti rakan mereka yang lain rasai.

“Kita juga mahu mereka bergembira dan PIBG akan sentiasa prihatin untuk membantu mereka,” katanya hari ini.

Mohammad Arif berkata, sokongan ibu bapa dan guru banyak membantu kejayaan penganjuran program kongsi rezeki ini.

Jelasnya, program atau aktiviti kebajikan seperti ini akan sentiasa diteruskan walaupun bukan pada hari perayaan.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles