PBS bakal bekerjasama dengan STAR hadapi PRN


 
PENAMPANG: Parti Bersatu Sabah (PBS) mengadakan mesyuarat berjadual bagi membincangkan hal-hal berkenaan parti dan bertukar-tukar pendapat sesama Ahli Majlis Tertinggi (AMT) di sini pada Selasa.
 
“Agenda utama ialah perbincangan lanjut mengenai persiapan parti menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan pada bila-bila masa,” kata Timbalan Presiden PBS, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam selepas mempengerusikan mesyuarat yang diadakan di Ibu Pejabat PBS, Dongonggon.
 
Katanya, mesyuarat “housekeeping” tersebut juga bertujuan memberikan penerangan lebih lanjut terhadap ‘progress’ mengenai kerjasama dengan kerjasama dengan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), di mana PBS akan mengadakan sesi menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan parti itu.
 
Dr. Joachim juga menambah AMT sebulat suara akan mengemukakan keputusan mesyuarat, ‘task force’ yang diketuainya kepada Presiden PBS.
 
Hadir sama ialah Timbalan-timbalan Presiden, Datuk Jahid Jahim dan Datuk Seri Yee Moh Chai; Setiausaha Agung, Datuk Julita Majungki, Naib-naib Presiden, Datuk Haji Ruslan Muharam, Datuk Hendrus Anding, Datuk Johnny Mositun, Datuk Peter Mak, Datuk Daniel Kinsik dan Haji Murshid Mohd Rais; Bendahari, Datuk Lu Kim Yun dan Ketua Penerangan PBS, Datuk Joniston Bangkuai.

Advertisements

Related Articles

253FansLike

Latest Articles