UMNO/BN Sabah akan terus berjuang bela rakyat – Bung Moktar

Oleh AJW

Advertisements

KINABATANGAN: Rakyat yang sudah sedia tertekan berikutan kesan pandemik Covid-19, kini berdepan dengan kenaikan kos sara hidup susulan harga makanan dan bahan mentah yang mula naik sedikit demi sedikit.

Ketua Umno Sabah Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin berkata rakyat bukan sahaja tertekan dengan kos sara hidup , tetapi dalam masa yang sama mereka berdepan dengan masalah ketiadaan prasarana insfrastruktur asas perhubungan jalanraya, bekalan air bersih dan elektrik yang sempurna sehingga menjejaskan kesejahteraan kehidupan mereka seharian

“Majoriti rakyat yang ditemui menzahirkan harapan semenjak kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengambil alih tepuk kerajaan negeri dengan halatuju “ Sabah Maju Jaya “ mereka mengharapkan keadaan ini akan lebih jauh berubah dari sebelum nya namun ternyatanya ianya lebih parah dari sebelumnya,” katanya.

Bung Moktar berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan program ziarah ke beberapa kampung di kawasan Parlimen Kinabatangan termasuk di kampung kelahirannya kampung Bilit dekat sini pada Jumaat.

Menurut Ketua Umno bahagian Kinabatangan itu, Umno/BN cakna terhadap situasi yang dihadapi oleh rakyat ketika kini, bagaimana pun dalam kedudukan Umno yang diletakkan sebagai pembangkang di peringkat negeri dengan peruntukan Adun untuk adun-adun yang mewakili Umno disekat tidak banyak bantuan dapat disalurkan bagaimana pun Umno/BN akan terus memperjuangkan nasib rakyat di negeri ini agar terus terbela.

“Kita tidak boleh membiarkan keadaan ini berterusan, Umno/BN akan bangkit memperjuangkan masa depan rakyat di negeri ini, justeru itu sokongan dan dukungan daripada ahli dan rakyat di peringkat akar umbi amat penting dalam menjayakan misi untuk bangkit kembali menukar kerajaan hari ini yang gagal membela rakyat,” katanya.

Bung berkata, Umno telah bersama-sama mengharungi pahit getir yang menguji kekuatan dan kerukunan dalam satu organisasi berlapang dada dan memberikan sokongan padu kepada pembentukan kerajaan negeri selepas PRN16, bagaimana jasa dan pengorbanan Umno itu hanya dipandang sebelah mata, walau duduk serumah tapi bilik asing-asing.

“Kita tidak mahu seperti melukut ditapi gantang, pengorbanan dan jasa kita kepada pembentukan kerajaan negeri sebelum ini hanya dilihat sebagai satu sumbangan kecil, kita perlu bangkit sebagai parti yang bermaruah dan pernah berjasa kepada bangsa agama dan negara,” katanya.

Sehubungan itu, Bung yang juga Adun Lamag mengajak rakyat agar bersatu menghadapi segala cabaran , baik dari luar mahupun dari dalam parti sendiri ia memerlukan perpaduan dari semua anggota parti untuk terus bekerjasama, memperkukuh kekuatan dan melihat masa hadapan yang lebih baik dari keadaan sekarang.

“Selepas pelbagai cabaran dan krisis yang dilalui ketika ini , saya tak nafikan ramai yang masih berharap pada UMNO, mana-mana kawasan saya pergi mereka masih yakin dan menaruh harapan pada UMNO untuk kembali kuat,” Katanya.

Katanya, UMNO perlu diperkukuh dan diperkuat kembali bagi menjadi landasan perjuangan utama dalam hasrat membangunkan Sabah jauh lebih baik dari sekarang.

Pada ziarah tersebut Bung bersama rombongon turut menunaikan sembahyang Jumaat di masjid Kampung Bilit dan mengambil peluang untuk ziarah ke makah ayahnanda beliau Allahyarham Haji Radin Haji Yatim di tanah perkuburan Islam kampung Bilit sebelum meneruskan jelajah Ramadan ke kampung Sukau.

Turut serta dalam program tersebut Timbalan Ketua Umno bahagian Kinabatangan Datuk Jafray Arifin Ketua Wanita Umno bahagian Kinabatangan Aminah Johan, Ketua Pergerakan Pemuda Mohd Kurniawan Naim Bung dan Ketua Pergerakan Puteri Umno bahagian Kinabatangan Norfianah Piddin Nani

Related Articles

253FansLike

Latest Articles