SANDAKAN : UMNO/BN Sabah menetapkan tiga kriteria utama iaitu “winnability” (boleh menang), “acceptability’ (dapat diterima) dan “likeability” (disenangi) dalam memilih calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri ke-17(PRN17) Sabah akan datang.
Pengerusi Bariasan Nasional Sabah Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin. berkata kriteria itu penting bagi memastikan calon yang bakal dipilih akan menghadiahkan kemenangan kepada Barisan Nasional bagi membentuk kerajaan negeri selepas PRN17.
Menurut beliau memang sukar untuk memilih calon yang benar-benar diterima semua lapisan rakyat yang akan bertanding di satu-satu kawasan, bagaimanapun pilihan perlu dibuat dengan mengambil kira tiga faktor iaitu diterima, disenangi dan boleh menang selain beberapa aspek lain turut menjadi perkiraan.
“Selain tiga keteria ini, Umno/BN akan memilih calon yang tidak mempunyai sebarang konflik yang boleh memudaratkan dan membawa kekalahan kepada parti,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis berbuka Puasa Umno Sabah Zon 5 yang melibatkan Umno Bahagian Kinabatngam Libaran, Beluran, Batu Sapi dan Sandakan di Masjid Raya Seri Aman Pekan Muhibah dekat sini pada petang khamis.
Menurut Bung yang juga Ketua Umno Sabah siapa pun yang bakal dipilih oleh pucuk pimpinan parti sebagai calon yang akan bertanding dalam PRN17 akan datang, prisinip perjuangan dan kesetiaan dalam parti perlu ada pada setiap pemimpin dan ahli parti.
“Jangan hanya kerana tidak terpilih menjadi calon kita terus menggadaikan maruah menyertai parti lain, mensabotaj calon dipilij dan sebagainya . Sebagai pejuang keeutamaan kita adalah parti dan kemenangan dalam PRN,’ jelas Bung.
Menurutnya, isu calon akan menjadi elemen utama dalam PRN17, namun anggota UMNO/BN di semua peringkat perlu berfikiran terbuka dan mengambil sikap berlapang dada berhubung soal pemilihan calon.
Bagaimanapun Bung yang juga Ketua Umno bahagian Kinabatangan berkata ketika ini, masih terlalu awal untuk bercakap soal calon, apa yang lebih penting menurut beliau UMNO/BN Sabah perlu terus memperkukuhkan jentera pada semua peringkat.
Beliau berkata memperkukuhkan jentera parti amat penting dalam memastikan Umno/BN benar-benar bersedia menghadapi (PRN17).
“Persiapan menghadapi (PRN17) perlu diperincikan untuk memastikan UMNO dan BN mendapat mandat rakyat untuk mengambi alih tampuk pemerintahan kerajaan negeri yang ketika ini gagal membela rakyat,” katanya.
Mengulas mengenai peluang UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk menjadi pilihan pengundi pada PRN 17 akan datang , Bung mahu rakyat di negeri ini memberi peluang kepada Umno/BN serta gabungannya untuk menyelesaikan beberapa perkara termasuk masalah air, jalanraya, eleketrik dan ekonomi yang semakin meruncing ketika ini.
“Umno/BN pernah menjadi tunjang kerajaan negeri, selama 24 tahun sepanjang tempoh tersebut isu-isu prasarana bekalan air bersih, jalanraya dan bekalan elektrik tidaklah seteruk hari ini,
“Mungkin alasan kerana kepesatan pembangunan, keperluan pengguna meningkat atau faktor cuaca, tapi jika kerajaan mempunyai perancangan yang lebih bersistemetik dan tindakan yang konkrit ,keadaan hari ini tidaklah memberikan tekanan kepada kehidupan rakyat,” katanya.
Mengulas program tersebut Bung berkata, sambutan luar biasa dari kalangan ahli Umno dan rakyat begitu memberansangkan yang memberikan gambaran aura atau gelombang sokongan rakyat masih ada terhadap parti keramat itu berikutan kegagalan kerajaan negeri yang berhadapan dengan pelbagai konflik kehidupan terutamanya kemudahan asas yang belum berkesudahan.