KOTA KINABALU: Pihak Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) menegaskan bahawa tuduhan salah guna kuasa dalam pentadbiran adalah tidak berasas dan merupakan suatu fitnah.
Yang Dipertua MUIS Datuk Seri Panglima Yahya Hussin berkata tuduhan dibuat dengan niat jahat untuk menjatuhkan reputasi MUIS dan juga pentadbirannya.
“Pihak MUIS akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak-pihak yang telah membuat dan menyebarkan tuduhan-tuduhan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Pihak MUIS ingin merujuk kepada tuduhan-tuduhan yang telah tular di beberapa laman sesawang dan juga media sosial berkenaan dengan kononnya terdapat salahguna kuasa di dalam pentadbiran MUIS.
Antara lainnya mendakwa bahawa Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MUIS telah membuat beberapa arahan pembayaran bonus kepada kakitangan MUIS dengan menggunakan sumber Tabung Zakat tanpa proses kelulusan.
Tuduhan tersebut juga mendakwa yang kononnya CEO MUIS telah mengarahkan pemindahan wang Tabung Zakat ke Tabung Am (Pengurusan) berjumlah RM14 juta tanpa proses kelulusan.
Tuduhan salah guna kuasa di MUIS tidak berasas
Advertisements