Warisan sedia pertahan DUN Limbahau pada PRN 17 – Mohd Shafie

PAPAR : Parti Warisan (WARISAN) akan kekal meletakkan calon bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas wakil rakyatnya meninggalkan parti itu pada Disember 2021.
Presiden WARISAN, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, adalah menjadi tradisinya kerusi tersebut masih milik Warisan sekali gus dijangka akan menjadi penyumbang kepada kemenangan parti pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Katanya, sejak daripada awal lagi Warisan mempunyai 29 kerusi termasuk DUN Limbahau sebelum wakil rakyat bertindak keluar parti menyertai untuk menubuhkan Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM).
“Dari awal Limbahau adalah sebahagian daripada kerusi yang kita menang semasa PRN lalu…Biasanya adat berunding mana kerusi yang kita menang ia adalah hak mutlak kepada parti yang memenangi kerusi tersebut.
“Apa yang penting, Warisan juga fleksibel kerana matlamat utama adalah kemenangan kepada kerusi di DUN Limbahau itu yang sangat penting..Bila tiba masanya kita akan buat keputusan dan tentukan kelak,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Berbuka Puasa di Papar, di sini pada Isnin.
Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 2020, Datuk Juil Nuatim memenangi kerusi Dun Limbahau atas tiket Parti Warisan (Warisan) sebelum keluar meninggalkan parti itu pada Disember 2021 kemudiannya menubuhkan KDM bersama bekas Naib Presiden Warisan Datuk Peter Anthony pada Februari 2022.
Shafie merupakan Ahli Parlimen Semporna mengulangi gesaannya secara terbuka atas kepentingan Sabah Warisan bersedia menjalin kerjasama dengan mana-mana parti bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17.
“Kita perlu mengakui bahawa sehingga kini, tiada keputusan telah dibuat oleh Majlis Tertinggi UMNO dan Warisan mengenai kerjasama ini.
“Saya mengesahkan bahawa perbincangan telah diadakan antara Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bersama Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin namun tiada keputusan rasmi dibuat oleh majlis tertinggi kedua-dua parti setakat ini berhubung kerjasama itu,” jelas Mohd Shafie.
Menurutnya, perkara itu bukan mustahil dan pihaknya tidak mempunyai sebarang masalah untuk menjalin kerjasama dengan UMNO Sabah sekiranya ia untuk kepentingan rakyat negeri ini.

Advertisements

Related Articles

253FansLike

Latest Articles