Selesaikan masalah rakyat selaras dengan slogan Sabah Maju Jaya – Jeffrey Nor

KOTA KINABALU : Kerajaan Negeri perlu menyelesaikan segera masalah infrastruktur asas membabitkan bekalan air, elektrik serta jalan raya agar selaras dengan slogan Sabah Maju Jaya (SMJ).

Advertisements

Pengarah Jabatan Pilihan Raya UMNO Sabah, Jeffrey Nor Mohamed berkata, bahasa tempatan menyebut ‘berkulut’ ayat digunakan dalam ‘Aku Janji SMJ’ malah orang kampung tidak juga faham sekiranya masalah asas termasuk jalan raya, air dan elektrik masalah gagal dilaksanakan oleh kerajaan.

Katanya, rakyat akan menerima slogan ‘Sabah Maju Jaya’ sekiranya kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mampu menyelesaikan segera masalah ini dalam tempoh terdekat.

“Jangan lagi ada wujud sindrom ‘mengelak’ kerana rakyat Sabah mahu melihat haslinya dalam kadar segera. Jata negeri Sabah Maju Jaya bukan boleh digunakan untuk meraih sokongan jika pencapainya tidak membuahkan hasil yang diharapkan.

“Saya memerhatikan kenyataan saya masih belum dijawab oleh Ketua Penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Datuk Nizam Abu Bakar Titingan…Tidak apa mungkin dia (Nizam) tidak sanggup untuk menjawabnya,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Jeffrey Nor merupakan Ketua Bahagian UMNO Putatan berkata, sebagai makluman Nizam Abu Bakar Titingan, masalah ketiadaan air kini sudah berlarutan memasuki hari kelima di sekitar kawasan kawasan perumahan ini.

“Sampai bila rakyat boleh menerima slogan Sabah Maju Jaya, bayangkan rumah saya sendiri pun terjejas berikutan ketiadaan air ini. Apa yang mahu dibanggakan dengan Sabah Maju Jaya?

“Masalah ini sudah tentu menimbulkan keraguan dalam kalangan rakyat Sabah dengan beberapa janji dibuat kerajaan negeri Sabah khususnya dalam slogan Sabah Maju Jaya ini,” jelas Jeffrey Nor.

Dalam perkembangan berkaitan beliau ingin rakyat Sabah bertanya bagaimanakah Sistem E-Kasih iaitu pangkalan data keluarga miskin yang diwujudkan di peringkat nasional bagi membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan.

“Sistem ini perlu diubah dengan sebaik mungkin supaya mereka yang betul-betul layak sahaja perlu disenaraikan dalam sistem tersebut bagi mendapatkan bantuan.

“Saya berharap kerajaan negeri (Nizam) perlu segerakanlah apa yang dijanjikan dalam slogan Sabah Maju Jaya bagi mengembalikan kenyakinan rakyat kepada mereka,” tambah Jeffrey Nor.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles