Cadangan, kritikan pembangkang tidak wajar dilabel cubaan sabotaj kerajaan GRS – Jeffrey Nor

KOTA KINABALU: Cadangan dan kritikan daripada pemimpin pembangkang tidak wajar dilabelkan sebagai cubaan mensabotaj pentadbiran kerajaan GRS.

Advertisements

Ketua Umno Bahagian Putatan Jeffery Nor Mohamed berkata apa yang penting setiap kritikan yang dilemparkan mestilah sesuatu yang membina dan mampu memberi kebaikan.

Katanya keterbukaan juga merupakan antara elemen penting dalam pentadbiran negeri yang mengamalkan sistem demokrasi.

“Saya tidak pernah menghentam malah memberi pandangan dan cadangan, kita tinggal dalam dunia era politik baru iaitu ‘various option’ memainkan peranan amat penting sekarang.

“Kita tidak boleh jadi ‘rigid’ dn ‘static’ dgn mana-mana cadangan dan juga dengan mana-mana kritikan sambil terus melabelkan mana–mana pemimpin itu sebagai pihak yang mensabotaj.

“Ini kerana hanya cadangan atau pandangan pihak lain lebih mendapat perhatian dari rakyat Sabah, apa jua cadangan dn kritikan adalah semata-mata untuk rakyat Sabah mendapat apa yang sepatutnya,” katanya.

Jeffrey berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ketua Penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat)
Datuk Nizam Abu Bakar Titingan yang meminta parti pembangkang di negeri ini supaya tidak terlalu bermain politik sehingga mensabotaj usaha kerajaan negeri untuk membawa pembangunan.

Jeffrey turut berterima kasih kepada Nizam kerana menerima hakikat dan akur menyatakan pernah berada dalam pemerintahan lama.

“Saya ingin bertanya saudara Nizam…adakah dia seolah-olah ‘menyesal’ masuk UMNO dulu?

“Adakah dia juga bersetuju bahawa UMNO Sabah adalah pembangkang d negeri Sabah?

Jeffrey berkata apapun alasan, semua kelebihan dan limpahan rezeki telah diterima ketika pemerintahan lalu dan ‘adakah urus tadbir saja menyebabkan ini semua berlaku sekarang?.

“Jika benar apa yang diperkatakan oleh Nizam, kenapa ada keperluan GRS untuk bersama dengan PH, kerana PH juga sebuah gabungan yang diketuai dan didominasi oleh parti Semenanjung. Adakah Nizam bersetuju PH Sabah hanya sebagai pelengkap untuk terus kekal berkuasa?,” katanya.

Jeffrey berkata: “Seperti yang dilakukan sebelum ini dari UMNO ke BERSATU dan sekarang GRS. Saya rasa saudara Yb Dtk Nizam perlu dapat membezakan ‘nature politic’ dengan ‘ principal politic’.

Katanya apa juga parti yang didokong keutamaan mereka ialah membela nasib rakyat.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles