Pelihara Semangat Pepaduan, Jaga Sensitiviti Agama – Nizam

Oleh Datuk Nizam Abu Bakar Titingan
ADUN Apas / Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri

Advertisements

KOTA KINABALU: Sejak beberapa hari lepas, kita melihat ada individu yang tidak bertanggungjawab cuba menggugat keharmonian kaum dengan melakukan penghinaan terhadap agama Islam.

Sudah tentu kita tidak boleh berkompromi dengan tindakan yang mampu menjejaskan keharmonian kaum dan agama di negeri kita. Rakyat Sabah haruslah sentiasa memiliki sifat hormat-menghormati dan memelihara toleransi yang telah terjalin sejak sekian lama. Toleransi dan perpaduan dalam kalangan rakyat Sabah yang terdiri dari pelbagai kaum dan agama telah menjadi contoh kepada negeri-negeri lain di Malaysia.

Saya ingin menyeru seluruh rakyat Sabah supaya tidak melakukan apa-apa bentuk penghinaan terhadap mana-mana agama atau kepercayaan. Menyentuh isu-isu berkaitan 3R (Agama, Bangsa, Institusi Diraja), bukan sahaja akan mencemarkan prinsip perpaduan, ia juga akan menyebabkan pelaku berhadapan dengan tindakan undang-undang.

Seruan ini selaras dengan amaran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menegaskan pihak yang mahu menyemai bibit perpecahan dan mencabar Perlembagaan, tidak lagi boleh dibiarkan.

Apa yang penting, umat Islam tidak melakukan apa-apa tindakan di luar lunas undang-undang dalam menangani hal ini, kita perlu menyerahkan hal ini kepada pihak berkuasa. Saya difahamkan individu berkenaan telah berada dalam tahanan polis untuk siasatan lanjut.

Kita serahkan kepada pihak berkuasa untuk meneruskan siasatan, dan berharap perkara seperti ini tidak akan berulang.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles