Menangani kemiskinan di Sabah perlu buta politik, jangan amalkan politik dendam – Ronald

KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Beluran menegaskan isu kemiskinan di Sabah perlu buta politik dan jangan mengamalkan politik dendam dengan mendiskriminasikan kawasan tertentu hanya kerana perbezaan politik.

Advertisements

Menurutnya, usaha-usaha kerajaan terdahulu perlu diteruskan kesinambungannya dan ditambah baik melalui idea-idea baharu dengan tumpuan mesti diberikan kepada kawasan luar bandar.

“Keadilan sosio-ekonomi wajib dilaksanakan dengan pembangunan infrastruktur di lapan daerah di Sabah yang mencatatkan insiden kemiskinan tinggi mesti dipercepatkan.

“Berhentilah menuding jari. Kerajaan Persekutuan dan Negeri perlu fokuskan segala usaha secara bersama.

“Kepesatan ekonomi Sabah seperti yang sering dilaung oleh kerajaan negeri perlu dimanfaat oleh rakyat yang berada di luar bandar,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Ronald yang juga Naib Presiden Parti Bersatu Pribumi Malaysia (BERSATU) berkata, kemiskinan merupakan isu sosio-ekonomi yang merentasi sempadan politik.

Katanya, ia menuntut kepada kebertanggungjawaban semua pihak khususnya kerajaan, bagi merangka strategi terbaik untuk membolehkan masyarakat serta negara keluar daripada jerat kemiskinan.

Beliau berkata, adalah diakui kawasan Sabah ketinggalan berbanding negeri-negeri lain terutamanya dalam aspek kemajuan ekonomi dan pembangunan infastruktur.

Menurutnya, kadar insiden kemiskinan 1.2 peratus di Sabah, iaitu enam kali ganda lebih tinggi berbanding kadar nasional 0.2 peratus, sebagaimana diumumkan Menteri Ekonomi perlu diterima dan dinilai secara matang.

“Sebab itu, isu kemiskinan dan jurang pembangunan yang ketara antara semenanjung dan Sabah berterusan diperjuangkan di Dewan Rakyat oleh ahli-ahli parlimen dari Sabah,” katanya.

Namun, Ronald berkata, perlu dijelaskan bahawa kadar kemiskinan yang diumumkan kerajaan itu sebenarnya sudah jauh menurun.

Katanya, Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) merekodkan insiden kemiskinan di Beluran 12.1 peratus, tetapi kini turun kepada lima peratus, manakala Tongod yang merupakan daerah termiskin juga merekodkan penurunan ketara daripada 19.7 peratus kepada 5.9 peratus.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles