BEAUFORT: Ahli Parlimen Beaufort Datuk Hajah Siti Aminah Aching menyumbang RM44,500.00 kepada 89 masjid dan surau di kawasan Parlimen Beaufort bagi membiayai aktiviti masjid dan surau sepanjang Ramadan.
Beliau yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno berkata sumbangan menerusi peruntukan Ihya’ Ramadan bertujuan membantu institusi agama terbabit melaksanakan program pengimarahan khususnya sepanjang bulan Ramadan Al-Mubarak tahun ini
Katanya melalui sedikit sumbangan itu adalah diharapkan Umat Islam khususnya komuniti setempat dapat menghidupan Susana masjid dengan solat fardu serta sunat terwaih pada setiap malam.
“ Kita amat menggalakkan masjid dan surau menjalankan program iftar bagi mengeratkan silaturrahim antara umat Islam yang sering dihambat dengan kesibukan dalam dunia hari ini.
“Umat Islam perlu mengambil kesempatan dengan kedatangan Ramadan untuk mengimarahkan masjid dengan solat fardu dan terawih setiap malam. Perbanyakkan takbir dan tahmid serta amal ibadat lain,” katanya ketika di temui selepas majis penyerahan sumbangan kepada pengerusi masid dan surau seluruh kawasan Parlimen Beaufort baru baru ini.
Siti Aminah yang juga Ketua Wanita Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) turut mengajak umat Islam agar menunjukkan teladan yang baik dalam memelihara perpaduan dan keharmonian kaum selain berusaha untuk mempertahankan kesucian agama Islam
Katanya, hari ini umat Islam menghadapi pelbagai ujian dan cabaran oleh itu, amat penting bagi umat islam mempertahankan kesucian Islam yang dibawa oleh baginda Rasulullah dari diperkotak katikan oleh musuh Islam.
Dalam pada itu Aminah berkata sepanjang bulan Ramadan tahun ini Pusat Khidmat Parlimen Beaufort dengan Kerjasama Umno bahagian Beaufort sudah menyusun atur program ziarah ramadan ke hampir 30 buah masjid yang terpilih di kawasan Parlimen Beaufort.
“Kita akan turun ke lapangan bersama kepimpinan Umno bahagian bagi program ziarah Ramadan selain berbuka puasa, kita juga akan solat berjemaah fardu dan sunat Terwaih selain ada program-program tambahan seperti memasak bubur dan penyerahan sumbangan kepada golongan yang kurang berkemampuan,” katanya.
Hadir sama di majlis tersebut Ketua Umno Bahagian Datuk Awang Aslee Lakat, Naib Naib Ketua Umno bahagian Beaufort Md Rashid Haji Mathon Setiausaha Umno bahagian Abdul Rahman Taib,Ketua Wanita Umno bahagian Beaufort Juriffah Safflie dan Ketua Pergerakan Puteri Umno bahagian Beaufort Munira Sarrie.