Sabah, Sarawak sebagai perlu dibangun sebagai wilayah pertumbuhan perdagangan baharu negara

KUALA LUMPUR: Sabah dan Sarawak perlu dibangun secara fokus sebagai wilayah pertumbuhan baharu negara ini.

Advertisements

Ketika mencadangkan perkara itu, Datuk Matbali Musah (GRS-Sipitang) berkata sudah tiba masanya bagi kerajaan mengalihkan tumpuan di Semenanjung semata-mata.

Berucap membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat semalam, beliau berkata potensi kedua-dua negeri Sabah dan Sarawak sangat besar susulan keputusan Indonesia memindahkan Ibu Kota Negara (IKN) ke Kalimantan Timur, yang mana Malaysia berkongsi tanah besar Pulau Borneo.

“Kalau negara besar Indonesia pun sudah mengalihkan pusat pentadbiran dan pembangunan ekonomi keluar dari Pulau Jawa, maka adalah signifikan dan konsisten bagi Malaysia turut mengalihkan perdagangan ke Pulau Borneo dan (menjadikan) Sabah, Sarawak sebagai (pusat) pertumbuhan baharu.

“Uniknya Pulau Borneo ini, kerana ia sepulau tiga negara yang dikongsi bersama Malaysia, Indonesia dan Negara Brunei Darussalam,” katanya.

Matbali juga berharap agar Kerajaan Perpaduan menyediakaN lebih banyak peruntukan untuk Sabah dan Sarawak demi kemakmuran bersama.

Ini penting dengan mengambil kira struktur topografi dan geografi, kultur geopolitik dan jalur sosiobudaya kedua-dua negeri ini yang begitu luas, luar biasa dan banyak kelainan sifatnya.

Beliau optimis Sabah dan Sarawak tidak akan dipinggirkan kerana Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim amat bersungguh-sungguh merapatkan jurang pembangunan antara wilayah.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles