Kerajaan GRS digesa buat persediaan awal bagi tangani krisis air di Sabah ekoran fenomena El Nino – Jeffrey Nor

KOTA KINABALU – Kerajaan negeri Sabah perlu membuat persediaan awal bagi menangani kriris bekalan air berikutan fenomena cuaca panas dan kekurangan hujan yang mula melanda negeri ini sejak awal Januari lepas.

Advertisements

Ketua UMNO Bahagian Putatan Jeffery Nor Mohamed berkata persediaan awal itubpenting bagi memastikan belakan air bersih mencukupi dan tidak membebankan pengguna di negeri ini.

Beliau berkata walaupun Sabah pernah beberapa kali mengalami fenomena itu, persiapan awal meliputi semua aspek perlu bagi mengelakkan kepanikan melampau.

Menurut beliau keadaan cuaca panas dan kekurangan hujan yang berlaku di negeri ini sejak awal tahun dibimbangi akan berterusan untuk beberapa bulan lagi dan ini sudah tentu turut menjejaskan bekalan air bersih di negeri ini.

“Justeru, persediaan kerajaan adalah memantau semua aras air sungai dan empangan, mengaktifkan pelan tindak balas kecemasan, meneroka sumber air alternatif, menggalakkan orang ramai dan industri menjimatkan penggunaan air, serta melakukan penghasilan awan dan menyediakan sokongan logistik jika keadaan memerlukan,” katanya dalam hantaran di media sosial milik beliau pada Sabtu.

Jeffery yang juga Pengerusi Jabatan Pilihanraya UMNO Sabah, menzahirkan kebimbangan itu susulan kekerapan terputusanya bekalan air bersih di beberapa daerah khususnya di sekitar Tuaran, Kota Kinabalu dan di beberapa daerah lain di negeri ini walaupun kemarau belum berlaku.

“Walaupun kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkenaan berhubung dengan bekalan air di negeri ini dijangka akan stabil dengan beberapa inisiatif yang sedangkan dijalankan oleh kerajaan seperti penyiapan loji bekalan air Telibong II yang dijangka beroperasi sepenuhnya Februari tahun ini, namun masalah terputus bekalan air masih berlaku di Tuaran, Kota Kinabalu termasuk di lain-lain daerah di negeri ini,” katanya.

Jeffrey menambah lebih malang lagi terdapat beberapa aduan sebagai mana yang tular di media sosial isu pengguna menerima bekalan air yang tahap kerbersihannya menjijikkan diibarat seperti air milo dan berbau yang dilaporkan berlaku bukan sahaja di daerah Kota Kinabalu malah turut berlaku di daerah lain.

“Kita berharap pihak berkenaan perlu memastikan setiap air yang dibekalkan kepada pengguna perlu pemantauan dari segi kualiti air yang dibekalkan sebelum disalurkan kepada pengguna,” katanya.

Jeffrey berkata persediaan perlu dibuat dari sudut mental dan fizikal bagi menghadapi sebarang kemungkinan seperti krisis air yang menyebabkan langkah seperti catuan air di sesetengah kawasan mungkin terpaksa dibuat sekali gus memberi impak terhadap aktiviti manusia.

Dalam pada itu Jeffrey juga menasihatkan orang ramai agar mengelak daripada melakukan sebarang aktiviti yang boleh menyebabkan kebakaran.

“Bahan-bahan mudah terbakar perlu disimpan dengan baik manakala aktiviti pembakaran terbuka seperti membakar sampah, sisa pertanian dan sisa pembinaan perlu dielakkan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor baru-baru ini dalam kenyataan medianya berkata, Kerajaan negeri akan menangani masalah air bagi memastikan penduduk di setiap kawasan mendapat bekalan air mencukupi terutama ketika berdepan fenomena El Nino atau cuasa panas dan kemarau ketika ini.

Hajiji berkata beliau turut memberikan komitmen untuk menyelesaikan isu bekalan air yang sering membelenggu penduduk negeri pada tahun ini, termasuk menaik taraf dan menambah baik loji rawatan di semua daerah.

Menurut beliau Kerajaan negeri juga juga mendapat bantuan daripada kerajaan pusat RM300 juta yang akan gunakannya untuk menyelesaikan masalah air di Sabah.

“Rakyat, jangan bimbang. kita (Kerajaan ) akan berusaha sedaya upaya menanganinya” kata Hajiji.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles