UMNO amal dasar pintu terbuka terima ahli – Nik Mohd Nazri

KENINGAU: UMNO sentiasa membuka pintu kepada sesiapa sahaja yang ingin menyertai dan menjadi ahli Umno tanpa menjanjikan sebarang ganjaran

Advertisements

Ketua UMNO bahagian Keningau Nik Mohd Nazri Nik Zawaiwi berkata, UMNO bukan parti yang berpaksikan kepada individu, sebaliknya Umno merupakan sebuah perjuangan yang didokong secara tulus ikhlas dalam meneruskan kedaulatan negara, agama dan bangsa yang menjadi keutamaan .

Menurut Beliau walau pun UMNO diasak dengan pelbagai serangan cabaran dan tohmahan dari pihak lawan namun UMNO masih terus utuh berjuang dan masih menjadi pilihan rakyat di negeri ini.

“Kita amalkan pintu terbuka sesiapa sahaja ingin menjadi ahli untuk berjuang bersama UMNO kita alu-alukan tanpa syarat tanpa imbuhan kewangan, jawatan dan sebagainya sebagaimana yang dilakukan oleh parti lain yang baru bertapak yang menjanjikan ganjaran untuk menyertai parti mereka, ” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menerima 265 borang keahian baru Umno di kampung Belilingi Lingkudau dekat sini pada Sabtu.

Nik Mohd Nazri berkata walaupun ada pihak yang tidak berpuas hati dengan kewujudan UMNO di negeri ini dan berusaha menguburkannya dan dilakukan oleh pemimpin yang dahulunya bersama UMNO namun usaha tersebut gagal kerana rakyat memahami dan mengingati apa yang telah UMNO lakukan dan perjuangakan untuk pembangunan dan kemakmuran di negeri ini.

“Lihat sahaja di Sabah, pembangunan hasil perjuangan UMNO yang tidak ada sesiapa boleh menafikan. Lebuhraya Pan Borneo, hospital, pendidikan dan sebagainya yang mana peruntukannya disediakan oleh kerajaan Pusat adalah bukti nyata bahawa UMNO membawa telah perubahan, memberi kemajuan, dan kemakmuran untuk dikongsi oleh rakyat Sabah,” katanya.

Menurut Nik Mohd Nazri yang juga Pengerusi Sekretriat NGO dan Profesional Muda UMNO Sabah, walaupun ada pihak yang menjadi api dalam sekam, duri dalam daging dan menjadikan UMNO sebagai batu loncatan untuk mengecap kemewahan, namun UMNO tidak di Sabah kekal relevan sehingga kini dan menjadi pilihan rakyat.

“ Biarlah mereka yang sudah dapat “ Gading Bertuah tandung tidak berguna lagi “ meninggalkan perjuangan sebenar setelah mengecap kemewahan, bersenang-lenang, bergelar dan berpangkat hasil daripada kedudukan yang berpaksikan UMNO namun kemudiannya hari ini lupa diri lantas, meninggalkan parti dan berusaha pula membunuh kewujudan UMNO di Sabah namun kita masih gagah meneruskan perjuangan,” katanya.

Nik Mohd Nazri juga turut membidas usaha mereka bila mana pemimpin-pemimpin lantikan politik dari UMNO sebelum ini diugut, jika tidak menyertai mereka akan dipecat dari jawatan di sandang namun bagi pemimpin dan ahli UMNO yang setia dan berprinsip mereka sanggup hilang jawatan dari mengadaikan perjuangan.

“UMNO akan meneruskan khidmat bakti kepada Masyarakat, Umno bukanlah sebuah parti yang bermusim dan bukan hanya apabila menjelangnya pilihan raya sahaja, bukan juga berdrama atau bermuka-muka namun inilah tanggungjawab tulus ikhlas sepenuh hati demi memastikan rakyat mendapat pembelaan,” jelas Nik Mohd Nazri.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles