Bumburing kembali suntik kekuatan UPKO

KOTA KINABALU: Kemasukan semula bekas timbalan presiden UPKO, Datuk Seri Panglima Wilfred Bumburing, ke dalam parti itu pastinya memberikan kekuatan kepada UPKO yang merupakan parti komponen Pakatan Harapan (PH).

Perkembangan yang tepat pada masanya dan positif itu dilihat sebagai simbolik “Ang Pau” yang amat bermakna buat Presiden UPKO, Datuk Ewon Benedick, yang secara konsisten merayu-rayu agar bekas pemimpin dan ahli kembali ke parti itu.

Kegigihan dan keikhlasan Ewon untuk menyatupadukan semula ahli dan bekas ahli UPKO akhirnya membuahkan hasil, apabila Bumburing dan penyokongnya dari beberapa kawasan DUN memutuskan untuk menyertai semula UPKO.

Penyertaan semula mereka lebih membanggakan kerana ia datang pada masa yang genting apabila UPKO berusaha ke arah mengukuhkan parti sebagai persediaan menghadapi pilihan raya negeri akan datang.

Ewon menzahirkan rasa bangga dan gembira dengan tindakan Bumburing kembali ke pangkuan UPKO.

Presiden UPKO itu dilihat sebagai tokoh berkarisma atas kejayaan memantap dan meremajakan parti itu, mengubah nasih daripada parti yang hampir tersungkur kepada entiti yang cergas semula dengan masa depan yang lebih cerah.

Menurut penganalisis politik tempatan Musli Oli, kematangan dan kecerdikan Ewon berpolitik berjaya menambat hati rakyat, khususnya dalam perjuangan memperjuangkan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan hak Sabah.

“Mengikut pengamatan saya, ternyata Datuk Ewon, sebagai menteri persekutuan dari Sabah, “berabis” berusaha keras untuk memperjuangjkan tuntutan dan hak Sabah, khususnya berhubung isu pembayaran 40 peratus hasil bersih daripada kerajaan persekutuan.

“Beliau menjelmakan sifat-sifat pemimpin yang ideal – mudah didekati, mesra, dan tegas dalam memperjuangkan kebajikan dan kepentingan rakyat Sabah,” katanya.

Dalam pada itu, Musli menyifatkan keputusan Bumburing untuk menyertai semula UPKO sebagai rangsangan yang bakal memantqpkan lagi kekuatan UPKO.

“Saya percaya perkembangan ini akan mengukuhkan kesiapsiagaan parti menghadapi pilihan raya negeri akan datang yang mana UPKO menyasarkan untuk bertanding lebih banyak kerusi,” tambahnya.

Musli turut meramalkam bahawa UPKO mungkin mempertimbangkan untuk meletakkan Bumburing bertanding di DUN Tamparuli, namun tertakluk kepada hasil rundingan kerusi antara GRS dan PH sebaik sahaja DUN dibubarkan.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles