Sumbangan veteran tentera masih bermakna buat negara – Siti Aminah

BEAUFORT: Sumbangan veteran tentera kepada negara ini amat berharga sekali dan wajar dikenang sepanjang masa, khususnya di kalangan generasi muda.

Advertisements

Ahli Parlimen Beaufort Datuk Hajah Siti Aminah Aching berkata, perjuangan golongan ini telah membolehkan generasi kini mengecapi nikmat kemerdekaan yang tidak terdapat di sesetengah negara lain.

“Ramai antara kita sudah lupa pentingnya sumbangan veteran tentera kepada negara ini, yang telah menggadai nyawa untuk mempertahan kedaulatan negara daripada segala bentuk ancaman.

“Jika kita menilai dan melihat sumbangan golongan ini, ia tidak dapat dinilai dengan wang ringgit. Semangat wujud pada sanubari dan jiwa golongan ini bertarung nyawa demi bangsa dan negara harus dihargai semua pihak,” katanya.

Siti Aminah yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno berkata demikian pada Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Persatuan Veteran Angkatan Tenetara Malaysia (PVATMB) bahagian Beaufort di kampung Lupak dekat sini baru-baru ini.

Hadir sama di majlis tersebut Yang Dipertua Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia Sabah Marshid Abdul Salleh dan Pengerusi (PVATM) cawangan Beaufort Jefdi Rajit

Menurut Siti Aminah , rakyat di negara ini sewajarnya terus memperkukuh rasa cinta akan negara kerana hanya dengan cara ini nilai-nilai kemerdekaan dapat dipertahan.

Beliau yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah RISDA Semaian dan Landskap Sdn Bhd , turut mengingatkan golongan veteran tentera agar terus memainkan peranan positif kepada komuniti Masyarakat setempat.

“ Kita tahu, golongan tentera ini mempunyai tahap disiplin diri amat tinggi dan disegani ramai. Justeru, kita mahu golongan ini turut memain peranan berganding bahu dengan semua peringkat untuk menerus dan menyemai imej positif ini kepada generasi muda yang bakal menjadi pemimpin negara dan bangsa pada masa depan,” katanya.

Jelasnya, kita tidak mahu golongan ini beranggapan bahawa persaraan merupakan hari terakhir menaburkan khidmat bakti mereka kepada masyarakat.

Dalam pada itu, Siti Aminah berharap, anggota veteran tentera harus memanfaatkan dengan sebaiknya (PVATM) bukan sahaja untuk kepentingan ahli tapi boleh digerakkan membantu Masyarakat melalui pelbagai program antaranya gotong royong, membantu golongan yang kurang Upaya dan sebagainya.

“Banyak manfaat yang boleh diperolehi jika ahli Bersatu dalam persatuan. Melalui persatuan kita dapat menyuara pendapat dan menyampai sebarang bentuk masalah ahli.

“Pada masa sama juga, melalui persatuan juga, kebajikan dan sosial ahli akan lebih terjamin kerana persatuan mempunyai tanggungjawab besar memperjuang hak ahlinya, sejajar dengan matlamat dan objektif utama persatuan ini ditubuhkan,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles