Bekas Ketua Menteri Sabah ceriakan rumah terbuka Tahun Baru Cina di kg Tombol Kota Belud

KOTA KINABALU: Tahun Baru Cina disambut secara besar-besaran oleh masyarakat Cina di seluruh negara hari ini, sekaligus menandakan kelahiran tahun baru mengikut kalendar lunar.

Advertisements

Tahun Baru Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama zodiak Cina (nama haiwan).

Tahun ini adalah Tahun Naga, haiwan kelima dalam kitaran.

Di Sabah, perayaan Tahun Baharu Cina, hari ini disambut masyarakat pelbagai kaum dalam suasana ceria dan meriah.

Tradisi kunjung mengunjung dan rumah terbuka diadakan oleh masyarakat Cina termasuk di peringkat kampung.

Antara yang mengadakan rumah terbuka ialah kapitan Cina Datuk Andy Chua di Kampung Tombol, Kota Belud.

Rumah terbuka Datuk Andy Chua menerima kunjungan orang ramai di Kampung Tombol, mulai jam 10 pagi.

Antara yang hadir ialah bekas Ketua Menteri Sabah yang juga Adun Usukan Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles