Kastam Sabah perlu sahkan penahanan individu bersama 110 kilogram emas haram di Tawau

TAWAU : Jabatan Kastam Di Raja Malaysia (JKDM) perlu membuat pengesahan susulan dakwaan wujud satu kes tangkapan membabitkan aktiviti penjualan serta pembelian emas haram seberat 110 kilogram di Lapangan Terbang Tawau di sini kelmarin.

Advertisements

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merotai, Sarifuddin Hata berkata, beliau mendapat maklumat mendakwa beberapa orang pembeli di tahan bersama emas bersama bagasi penumpang ketika hendak berlepas dari Lapangan Tawau ke Kuala Lumpur antara jam 10 hingga 11 pagi.

Katanya, beliau mendapat makluman beberapa orang ditahan ketika menjalani pemeriksaan keselamatan gagal menunjukkan dokumentasi berkaitan untuk aktiviti membawa dan menjual emas di daerah Tawau.

“Saya difahamkan beberapa orang yang berkaitan dengan kes ini masih di tahan untuk siasatan manakala emas ini didakwa di bawa keluar daripada perlombongan haram di Bukit Mantri Tawau.

“Jika benar seperti maklumat terbabit, pihak berkuasa termasuk Kastam perlu membuat pengumuman rasmi sekali gus mengelak wujudnya keliruan dalam kalangan orang ramai di negeri ini,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Sarifuddin berkata, kejadian ini merupakan satu kes yang sangat serius memandangkan ia adalah merupakan hasil bumi Sabah sekali gus merupakan hasil pendapatan utama kerajaan negeri ini.

“Sebelum ini saya pernah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Undangan Negeri Sabah berikutan kegiatan perlombongan emas di Bukit Mantri, Balung, Tawau.

“Ini susulan atas arahan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah berikutan pendedahannya aktiviti perlombongan emas masih beroperasi tanpa kelulusan tanpa mendapat kelulusan daripada Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG),” jelas Sarifuddin.

Menurutnya, jika terbukti benar kejadian ini kerajaan negeri Sabah perlu mengambil tindakan tegas bagi mengelak perkara ini tidak berlaku di masa depan.

Sabah News Today cuba mendapatkan maklum balas daripada Ketua Polis Daerah Tawau ACP Jasmin Hussin namun meminta merujuk kepada Jabatan Kastam Negeri Sabah untuk mendapatkan pengesahan kejadian tersebut.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles