KTYS serah geran tahunan kepada Persatuan Alumni

KOTA KINABALU: Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS) sentiasa menyokong Persatuan Alumni itu menerusi penyediaan geran tahunan.

Advertisements

Geran tahunan berjumlah RM3,500 itu diserahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KTYS Samin Ongki kepada Presiden Persatuan Alumni KTYS Mohd Pkhruddin Bian pada majlis penyerahan di Kampus KTYS di Sembulan, kelmarin.

Terrdahulu, pada perjumpaan Samin dengan Ahli Jawatankuasa Persatuan Alumni KTYS, beliau berharap persatuan itu menumpukan kepada activiti menarik minat golongan muda menyambung pelajaran di KTYS.

Beliau berkata KTYS menawarkan beberapa program kemahiran diri dan menjadi platform untuk menyambung pengajian di universiti.

Samin juga mencadangkan agar alumni menganjurkan program dan aktiviti seperti sukan dan riadah untuk mengeratkan hubungan antara staf, pelajar serta Alumni KTYS.

Dalam pada itu, Mohd Pkhruddin memaklumkan bahawa persatuan alumni itu telah membuat perancangan aktiviti sepanjang tahun 2024.

Katanya antara program yang dirancang adalah kempen derma darah, kebajikan, sukan dan rekreasi.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles