Wanita GRS fokus gerak kerja jaga pengundi: Redonah

SANDAKAN: Ketua Wanita Pergerakan Gagasan Rakyat Sabah, Datuk Redonah Bahanda berkata gerak kerja wanita Gabungan Rakyat Sabah (GRS) adalah untuk menjaga pengundi di seluruh negeri Sabah dengan menjadi penyampai wadah parti.

Advertisements

“Ini seiring dan sesuai dengan apa yang diungkapkan oleh Pengerusi GRS, iaitu tidak lain tidak bukan, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor, yang wanita GRS ini sebagai tonggak kepada parti.

“Wanita GRS ini juga dikatakan oleh ayahanda Pengerusi kita sebagai penggerak utama dalam perjalanan parti dan kerana inilah peranan wanita dalam GRS ini adalah luas, dekat dengan akar umbi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Jelajah Wanita GRS bagi Zon 5B di sini, pada pagi Ahad.

Menurut Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri itu juga, kekuatan wanita GRS adalah dalam penyatuan dan kebersamaan mereka, khasnya untuk membawa perjuangan parti dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

“InsyaAllah, kita semua wanita GRS di seluruh negeri akan bersatu hati, bergerak bersama seiring sejalan untuk sama-sama memastikan semua usaha dan perancangan bagi kempen PRN kelak, membuahkan hasil yang baik.

“Kemenangan GRS dalam PRN akan datang adalah kemenangan untuk membawa dan menambah segala usaha untuk rakyat Sabah serta seluruh negeri Sabah.

“Untuk itu, saya kerap tekankan bahawa semua wanita yang bersama dalam GRS ini, bergerak bersama, bekerja bersama, untuk menjayakan wadah parti kepada akar umbi.

“Kebersamaan akan menjadikan kita kuat, kebersamaan juga akan menjadikan kita lebih tabah serta saling menyokong antara satu sama lain,” tambahnya lagi.

Siri jelajah tersebut dirasmikan oleh Timbalan Pengerusi GRS merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik, Datuk Yong Teck Lee.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles