Kuatkan semangat fokus kepada perjuangan UMNO – Mohd Kurniawan

KINABATANGAN: Bendahari Pergerakan Pemuda Umno Malaysia Mohd Kurniawan Naim Bung berharap agar seluruh ahli dan penyokong UMNO yang setia kepada perjuangan parti terus kuat semangat dan kekal fokus sepenuh usaha untuk bangkit kembali dengan lebih gagah menghadapi cabaran akan datang khususnya ketika parti bakal berhadapan dengan Pilihanraya Negeri (PRN) ke-17 nanti.

Advertisements

Mohd Kurniawan turut berharap agar semangat perjuangan ahli ahli Umno khususnya di kawasan Kinabatangan turut disertai dengan tindakan serta gerak kerja yang menyakinkan kepada rakyat.

“Semangat sahaja tidak memadahi tanpa strategi pendekatan yang menyakinkan justeru pengalaman serta perkongsian ilmu dalam program permukiman ini perlu diapalaksikan ke peringkat akar umbi,” katanya ketika berucap menutup program Pemukiman Dun Lamag dekat sini baru-baru ini.

Menurut Mohd Kurniawan, UMNO Kinabatangan dapat dibina semula dengan kekuatan untuk terus menabur bakti kepada masyarakat setempat dan dapat membezakan diantara perjuangan individu serta parti.

“Saya mendoakan dengan penuh harapan agar seluruh ahli dan penyokong UMNO yang setia kepada perjuangan parti ini agar terus kuat semangat serta kekal fokus menumpukan sepenuh usaha untuk bangkit kembali dengan lebih gagah khususnya berhadapan dengan PRN akan datang,” katanya.

Menurut Mohd Kurniawan, UMNO Kinabatangan dapat dibina semula dengan kekuatan, kesetiaan dan pendekatan baharu yang lebih ampuh dan relevan untuk terus menabur khidmat bakti kepada masyarakat setempat walaupun sebilangan ahli dan pemimpinya melompat ke lain parti hanya kerana mengajar kepentingan peribadi

“Semoga di kemudian hari nanti kalian dapat memahami dan membezakan antara perjuangan individu serta parti Umno yang sekian lama berusaha memartabatkan agama, bangsa dan tanah air tercinta ini,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Mohd Kurniawan turut mengingatkan agar kepimpinan cawangan-cawangan UMNO dibahagian itu mengambil peranan aktif mengunakab media baru seperti facebook,tik tok dan sebagainya bukan sahaja dijadikan medium bagi menyebarkan maklumat program kerajaan dan parti sekali gus digunakan untuk menangkis segala dakyah,fintah dan provokasi yang dilakukan oleh pihak lawan.

“Seterus politik kita menjadikan media baru sebagai alat menyerang parti dan pemimpin kita justeru kita tidak boleh berdiam diri ,bangkit menjawap dengan fakta,” tegas Mohd Kurniawan.

Oleh: Jaafar Abd Wahid

Related Articles

253FansLike

Latest Articles