Jenazah Allahyarham Haji Mungkin Abang MP Kinabatangan selamat dikebumikan

SANDAKAN: Jenazah Haji Mungkin Haji Radin 65 iaitu abang ketiga Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin selamat dikebumikan di tanah perkuburan kampung Sinar Jaya Bukit Garam pada Ahad.

Pada petang Sabtu, Allahyarham dimasukan ke unit kecemasan Hospital Duchess Of Kent Sandakan kerana mengadu sakit kaki yang tidak tertahan disahkan meninggalkan dunia pada subuhnya dan difahamkan allahyarham mengalami masalah organ tidak berfungsi.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, enam orang anak – dua lelaki dan empat Perempuan selain empat orang cucu perempuan.

Bung yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah masih berada di kawasan kerana menghadiri beberapa program rasmi parti turut berada di sini allahyarham ketika berada di unit kecemasan hospitak Duchess Of Kent Sandakan

Sementara itu, dalam hantaran Bung di Media Sosial miliknya beliau yang mewakili pihak keluarga mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih atas ziarah sanak saudara, rakan-rakan selain ucapan takziah yang dihantar kepada beliau melalui apllikasi Whatsap, panggilan dan yang dimuat naik di media sosial .

“Kepada semua individu yang terlibat secara kangsung atau pun tidak langsung membantu meringankan pengrusan pengebumian Allahyarham sehingga selasai, saya bersama keluraga hanya memohon kepada Allah SWT untuk memberikan ganjaran pahala kepada mereka,” kata Bung.

Bung yang juga Adun Lamag turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada doktor dan pihak pengurusan serta kaki tangan Hospital Duchess Of Kent Sandakan yang berusaha bersungguh-sungguh membantu allahyrham namun takdir sudah menentukan akan pemergian beliau.

Antara yang hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham ialah Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Mohamad Hamsan Awang Supian, Setiasusaa Umno Sabah yang juga Adun Sukau Datuk Jafry Arifin, Timbalan Ketua Umno Beluran Benedict Asmat, Naib Ketua Umno bahagian Libaran Datuk Haji Salzo Hj Asa dan bekas Pegawai Daerah Kinabatangan Abdul Manap Abdul Rahim.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles