Wanita Umno Sabah siap siaga hadapi PRN17 – Noraini

RANAU: Seperti memberi bayangan Pilihan Raya Negeri (PRN-17) semakin hampir, Wanita UMNO Sabah sudah bersiap siaga pada tahap tertinggi untuk menghadapi pemilihan itu yang tarikhnya dijangka lebih awal diadakan sebelum tempoh berakhir tahun depan.

Advertisements

Ketua Wanita UMNO Sabah, Senator Datuk Noraini Idris berkata, susulan persediaan itu, parti terbabit menggariskan beberapa perkara yang menjadi teras bagi memperkukuhkan tekad semua pimpinan, jentera dan ahli.

Jelasnya,antara yang diberikan tumpuan merancang, menyusun, mendidik dan mengutamakan kesejehteraan rakyat dan terakhir bersedia .

Menurut beliau sepanjang program Jelajaraya Wanita Umno Sabah ke beberapa bahagian di negeri ini, aspek itu telah diberikan penekanan bagi memastikan kesediaan jentera Wanita Umno Sabah bagi menghadapi sebarang kemungkinan PRN akan diadakan lebih awal dari tempoh yang sebenarnya.

“Setakat ini saya berpuas hati terhadap persediaan yang dilakukan oleh jentera Wanita Umno Sabah di semua bahagian ,bagaimana pun ianya perlu penambahbaikan dari masa ke semasa seiring dengan perkembangan dan isu semasa,” katanya kepada media selepas melakukan program Jelajahraya Wanita Umno Sabah bahagian Ranau yang merupakan bahagian ke -21 yang telah dilawati baru-baru ini.

Menurut Noraini yang juga Ketua Wanita Umno bahagian Penampang, masa terlalu suntuk dan dalam hubungan ini Wanita Umno di seluruh bahagian perlulah melaksanakan program yang memberi impak positif kepada sokongan parti, mengadakan latihan pilihanraya, menyentuni Masyarakat dan pengundi muda.

“Kita parlu menjadi sebuah parti sebagai ejen yang mudah didekati cakna kepada isu rakyat untuk disuarakan kepada pihak berkenaan dan mudah menjadi capaian kepada Masyarakat dan pengundi,” jelas beliau.

Justeru, katanya, sayap UMNO itu perlu menetapkan nilai dan semangat kesukarelawan untuk membantu serta menjaga kebajikan rakyat.

“Besar harapan saya apabila semboyan perang dibunyikan, Wanita UMNO sudah siap sedia untuk berjuang di medan pertarungan PRN ke 17 ,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles