PUSPANITA Kota Kinabalu digesa mempelbagaikan kegiatan kemasyarakatan

KOTA KINABALU : Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam (PUSPANITA) Cawangan Kota Kinabalu perlu mempelbagaikan kegiatan amal kebajikan serta membantu masyarakat yang memerlukan perhatian.

Advertisements

Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Seri Dr Sabin Samitah berkata, perkara ini penting bagi memastikan ahli serta anggota dibawah mereka tidak tercicir mendapat bantuan yang diperlukan sekali gus berusaha untuk memperkasakan PUSPANITA ini.

Katanya, sebelum ini PUSPANITA Cawangan Kota Kinabalu sangat aktif dalam melakukan aktiviti-aktiviti yang dapat menyantuni masyarakat setempat.

“Saya berharap kali ini mereka dapat lagi melipatgandakan aktiviti dengan merancang program di peringkat awal agar segala pelaksanaan dapat dicapai sekali gus berusaha untuk membantu mereka yang memerlukan bantuan.

“Paling mustahak, adalah keutamaan kepada anak-anak ahli serta anggota yang mungkin memerlukan bantuan terutama di musim awal persekolahan serta menjelang peperiksaan utama nanti,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Serah Nota Tugas kepada Pengerusi Baharu PUSPANITA Cawangan Bandaraya Kota Kinabalu, di sini hari ini.

Sabin menggesa agar tumpuan diberikan dalam meningkatkan hubungan silaturahim dalam kalangan ahli PUSPANITA yang sedia ada.

“Saya mahu mereka tingkatkan lagi hubungan ini agar setiap aktiviti yang dirancang mendapat kerjasama yang baik terutama dalam kalangan ahli PUSPANITA, yang mana kebanyakkannya meruoakan warga DBKK.

“Peluang ini juga dapat digunakan oleh mereka apabila berinteraksi dengan ahli-ahli PUSPANITA daripada Jabatan-jabatan Kerajaan Negeri yang lain,” jelas Sabin.

Dalam majlis itu berlangsung penyerahan nota tugas di antara Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kota Kinabalu Rosnah Datu Tumai kepada Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kota Kinabalu yang baharu Datin Seri Adreen Aderizza Mohamad Soffi.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles