ICPT adalah dalam kiraan sen dan bukan ringgit

KOTA KINABALU: Surcaj atau rebat yang dikenakan kepada pengguna melalui mekanisma Imbalance Cost Pass Through (ICPT) yang dilaksanakan di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan adalah dalam kiraan sen dan bukan ringgit.

Advertisements

Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) Ir.Ts. Mohd Yaakob Hj Jaafar berkata pelaksanaan ICPT dengan kadar 7.21 sen/ kWj itu adalah untuk tempoh 1 Jan 2024 hingga 30 Jun 2024.

Beliau mengulas kekeliruan yang timbul di beberapa laman media sosial yang menyatakan bahawa ada kenaikan tarif ekoran pelaksanaan ICPT sebanyak RM7.21/kWj dan menimbulkan kerisauan di kalangan pengguna.

ICPT adalah mekanisma yang diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan dan dilaksanakan oleh Suruhanjaya Tenaga bermula pada 1 Januari 2022 di bawah rangka kerja Incentive-Based Regulation (IBR).

Untuk Sabah dan W.P Labuan IBR dilaksanakan bermula pada 1 Januari 2022 hingga 31 Disember 2024 untuk tempoh kawal selia pertama (RP1) selama 3 tahun.

Walaubagaimanapun, rebat atau surcaj ICPT tidak dikenakan sehingga pada tahun 2022 kerana kos ICPT diserap oleh kerajaan.

“Pada 1 Jan 2023, surcaj ICPT mula dikenakan pada kadar 10.04sen/kWj untuk tempoh enam bulan sehingga Jun 2023. Kadar itu turun kepada 2.11sen/kWj untuk tempoh 1 Julai 2023 hingga 31 Disember 2023. Manakala surcaj yang dikenakan bermula 1 Jan 2024 hingga 30 Jun 2024 adalah sebanyak 7.21sen/kWj” jelas beliau.

Dalam pada itu, Mohd Yaakob turut berkata kerajaan bersetuju menampung kos subsidi elektrik sebanyak RM161.70 juta kepada kategori-kategori pengguna yang tertentu, bagi meminimakan impak ICPT.

Ini bermakna hampir semua pengguna domestik dan pengguna bukan domestik voltan rendah tidak akan terjejas dengan pelaksanaan surcaj ICPT terbaharu ini.
SESB Careline : 088-515000/ 15454/ Whatsapp 019- 852 5427

Related Articles

253FansLike

Latest Articles