Selepas cuti sakit MP Beaufort aktif semula santuni rakyat melalui program ziarah

BEAUFORT: Selepas bercuti sakit hampir 4 bulan selepas menjalani pembedahan di kedua belah lutut, Ahli Parlimen Beaufort Datuk Hajah Siti Aminah kembali aktif menyantuni rakyat melalui beberapa program ziarah di kawasan Parlimen Beaufort.

Advertisements

Menurut beliau pengakhir tahun 2023 akan dimanafaatkan sepenuhnya bersama rakyat bagi melunaskan tanggungjawab yang tergendala semasa beliau bercuti rehat hampir empat bulan baru-baru ini

“Alhamdulillah dalam keadan Kesihatan saya yang semakin pulih ini, saya dapat bergerak ,menziarahi rakyat di kawasan ini setelah mengambil cuti panjang selepas saya menjalani pembedahan di kedua-dua lutut saya sebelum ini menyebabkan pergerakan saya terbatas,” katanya ketika ditemui melakukan program ziarah ke beberapa buah kampung di kawasan Parlimen Beaufort baru-baru ini.

Siti Aminah menyedari semasa beliau bercuti sakit dan tidak dapat bergerak ke kawasan hanya di wakili oleh pegawai-pegawai dari Pusat Khidmat Parlimen ada pihak tertentu memanipulasikan isu tersebut dengan gambaran negetif yang prestasi (performance) menurun menyebabkan beliau digugurkan dari Jemaah Menteri sebagai Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi.

“Saya maklum ada pihak-pihak tertentu cuba memanipulasikan ketika saya bercuti sakit dan tidak dapat kembali ke kawasan dengan mengaitkan dengan prestasi saya , malah ada yang sanggup menulis di media sosial meramalkan awal saya akan digugurkan sebagai calon pada PRU akan datang, bagi saya perkara biasa dalam dunia politik tapi semua maklum saya bercuti sakit lebih 3 bulan sebelum ini, bagaimanapun sebaik saya pulih sedikit saya masih boleh hadir program Kementerian termasuk hadir ke dewan rakyat semasa persidangan Parlimen walau terpaksa berkerusi roda,” tegas Aminah.

Tambah Aminah beliau tidak ingin mengulas lanjut isu pengguguran jawatan Timbalan Menteri dalam rombakan kabinet baru-baru ini kerana sebelum ini beliau sudah menjelaskanya dimana soal pelantikan dan penggyguran Jemaah Menteri merupakan budi bicara Perdana Menteri.

Menurut Aminah tanpa menghiraukan presepsi negetif tersebut, beliau akan meneruskan politik khidmat bakti kepada rakyat di kawasan tersebut atas kepesitinya sebagai Ahli Parlimen dan AMT UMNO.

“Kita mempunyai tanggunjawab besar kepada rakyat, saya sedar parti BN/UMNO dan rakyat telah memberikan kepercayaan kepada saya menjadi wakil rakyat justeru tugas memberikan khidmat akan teruskan demi rakyat khususnya di kawasan ini,” katanya.

Dalam pada itu menurut Aminah semangat “Teamwork “ dalam apa jua program yang dilaksanakan bagi membolehkan pelaksanaan pelbagai program dan inisiatif dapat dijayakan dengan jayanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles