Kerjasama PBS-STAR, Ewon doakan yang terbaik

PENAMPANG: Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Datuk Ewon Benedick
mengalu-alukan inisiatif kerjasama para pemimpin Sabah termasuk penggabungan parti-parti politik serta mendoakan yang terbaik usaha kerjasama antara Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR).

Advertisements

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata, penyatuan kerjasama antara parti-parti politik berasaskan Sabah, sama ada dalam gabungan negeri atau kebangsaan penting untuk manfaat rakyat.

“Saya mengalu-alukan sebarang inisiatf bekerjasama bukan hanya penggabungan parti politik tetapi kerjasama dalam kerajaan itu sendiri dan saya mendoakan supaya hasrat PBS dan STAR mencapai objektifnya.

“Rakyat sedang memerhati kami yang juga pernah berbicara tentang cadangan menggabungkan parti-parti berasaskan kelompok masyarakat di Sabah, pada masa yang lepas. Saya mendoakan semoga kerjasama ini menjadi realiti dan mudah-mudahan suatu hari nanti di pihak saya juga saya menjadi sebahagian daripada penyatuan besar parti-parti di Sabah.

“Pada saya yang penting adalah penyatuan kerjasama itu adalah berasaskan tuntutan pembangunan dan hak Sabah dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia menjadi fokus kepada suara pemimpin Sabah,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Ramah Mesra dan Rumah Terbuka Krismasnya di Dewan Pusat Kebudayaan Sabah, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai hasrat PBS dan STAR untuk mewujudkan persefahaman dan kerjasama di antara kedua-dua parti itu.
Ewon yang juga Ahli Parlimen Penapang turut mengalu-alukan kerjasama para pemimpin pelbagai parti di Sabah untuk manfaat rakyat.

“Semakin banyak kita bekerjasam, maka semakin dekat kita dengan kesan kepada kerjasama dan saya terima dengan positif jemputan Datuk Armizan dan YB Jannie daripada Pakatan Harapan (PH) untuk bekerjasama dengan pimpinan kerajaan negeri GRS.

“Di peringkat persekutuan pun kita (PH-GRS) bekerjasam sebagai satu gabungan yang besar,” katanya.

Majlis itu dihadiri lebih 5,000 oran dan dimeriahkan dengan pelbagai persembahan koir dan lagu-lagu Natal.

Selain itu Jualan Madani dan pameran daripada agensi-agensi KUSKOP turut diadakan bagi memberi peluang kepada orang ramai mendapatkan maklumat lanjut mengenai pembiayaan dan program-program keusahawan yang disediakan oleh agensi berkenaan.

Turut hadir Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin dan isteri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Haji Noor dan isteri, Datin Seri Julia Salag dan para pemimpin kerajaan negeri serta ketua-ketua agensi Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).

Related Articles

253FansLike

Latest Articles