Penganalisis politik ramal KDM intai kerjasama dengan PH untuk hadapi PRN

KOTA KINABALU: Jika penolakan pelawaan Parti Warisan Sabah (Warisan) untuk menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan parti itu baru-baru ini diambil sebagai perkiraan, Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) berkemungkinan besar sedang mengintai kerjasama dengan parti lain khususnya Pakatan Harapan (PH) Sabah.

Advertisements

Penganalisis politik Sabah Mohd Zaki Harry Susanto berkata ramalan itu juga berdasarkan keputusan Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi KDM) yang menangguhkan keputusan berkaitan dengan kerjasama gabungan politik bagi menghadapi PRN yang mungkin diadakan lebih awal.

Baru-baru ini, Ketua Penerangan KDM Dr Oswald Aisat Igau dipetik sebagai berkata bahawa parti itu menerima banyak tawaran dan perlu penelitian secara mendalam.

Sebelum ini, KDM disebut-sebut akan bekerjasama dengan Warisan dan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi PRN.

Bagaimanapun, hanya BN sahaja yang menghantar wakil ke Mesyuarat Agung Tahunan Warisan meskipun KDM dipelawa hadir ke mesyuarat itu yang dirasmikan presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Zaki percaya KDM pimpinan Datuk Peter Anthony sedang menyusun strategi terbaik dengan mengambil kira semua pandangan termasuk input daripada pemimpin akar umbi.

“Mungkin penyokong akar umbi atau pemimpin parti mahu KDM bertanding lebih banyak kerusi pada PRN nanti dan sebab itu ia tidak mahu terikat untuk menjayakan misi ini,” katanya kepada Jesseltom Times.

Walaupun sesetengah pihak melihat KDM sebagai parti yang kerdil, namun Zaki meramalkan KDM bakal memberi cabaran yang kuat kepada GRS terutama di kawsan yang majoriti pengundi dari masyarakat KDM.

Beliau berkata ini termasuk DUN Malalap, Kemabung, Sook, Tulid, Tandek, Matunggong, Bandau dan Pitas.

Zaki turut meramalkan KDM akan bertanding di DUN Limbahau, Telupid, Kundasang, Kiulu, Tamparuli dan beberapa kerusi lain di pedalaman Sabah.

“Apapun ini hanya ramalan dan saya percaya dalam masa terdekat KDM akan memutuskan rakan gabungan politik untuk menghadapi PRN,” katanya sambil menegaskan bahawa “tiada yang mustahil dalam politik”.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles