Kerjasama PIBG dan pihak sekolah mampu jana kemajuan pendidikan pelajar – Nik Mohd Nadzri

KENINGAU: Kerjasama erat antara ibubapa dan Persatuan Ibubapa Guru (PIBG) mampu membantu pihak sekolah memajukan pendidikan pelajar di sekolah.

Advertisements

Ketua UMNO bahagian Keningau Nik Mohd Nadzri Nik Zawawi berkata, PIBG dan pihak sekolah perlu meningkatkan persefahaman dan kerjasama di dalam dan di luar sekolah sesuai dengan program Sarana Ibubapa yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan.

Nik Mohd Nadzri berkata Sarana Ibu Bapa merupakan suatu inisiatif kebangsaan bagi meningkatkan penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak di dalam dan di luar sekolah demi kecermalangan masa hadapan negara yang tercinta.

“Penglibatan ibu bapa secara berterusan dalam apa saja program yang dilaksanakan oleh pihak sekolah amat penting bagi membolehkan mereka mengikuti perkembangan serta kemajuan pendidikan anak-anak mereka setiap masa,” katanya ketika berucap merasmikan pondik PIBG Sk Ulu Senangang dekat sini pada Ahad.

Sehubungan itu, Nik Mohd Nadzri berkata PIBG perlu mempunyai pentadbiran yang cekap bukan sahaja membantu meningkatkan kemajuan pembelajaran anak anak mereka tapi turut membantu menjaga aspek fizikal sekolah.

“Dari aspek kemajuan Pendidikan bagi ahli keluarga PIBG yang mempunyai Kemahiran dalam penididikan boleh membantu memberikan tusyen kepada pelajar dan dari sudut fizikal ibubapa boleh berkerjasama gotong royong membersihkan atau menceriakan sekolah,” katanya.

Nik Mohd Nadzri berharap PIBG sekolah tersebut dapat menggembeleng tenaga dan material meneruskan agenda sekolah bagi merealisasikan Impian guru cemerlang, murid terbikang dan sekolah gemilang.

Nik Mohd Nadzri turut mengucapkan tahniah dan Syabas atas inisiatif PIBG sekolah tersebut yang dapat mewujudkan pondok PIBG sendiri yang boleh dijadikan platfrom untuk mereka berkumpul bertukar tukar pandangan atau mengadakan mesyuarat.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles