Wanita Gagasan Rakyat santuni pesakit kronik

MENGGATAL: Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Sempena menjelang Hari Krismas, Wanita Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) telah mengadakan lawatan ke Kampung Kaliangau Manggatal semalam.

Advertisements

Lawatan itu dihadiri Ketua Wanita Parti Gagasan Rakyat Sabah, Datuk Redonah Bahanda bersama Ketua Wanita Gagasan Rakyat bahagian Inanam Meilin Medusin serta ahli jawatankuasanya.

Redonah berkata sepertimana perayaan-perayaan lain contohnya Hari Raya Aidil Fitri, Tahun Baru China, dan kali ini golongan kurang bernasib menerima sumbangan sempena Krismas.

Beliau berkata, sumbangan kepada golongan kurang berkemampuan sebagai tanda ingatan dan tanggungjawab kepada golongan tersebut.

Katanya, sebagai masyarakat yang merayakan pelbagai perayaan, golongan-golongan itu biasanya tidak akan dilupakan supaya mereka juga dapat meraikan Krismas seperti orang lain.

Beliau telah menyampaikan sumbangan kepada keluarga Petrus Ayang, 62 tahun
pesakit kronik daripada Kampung Keliangau Manggatal.

Sumbangan itu berupa barangan makanan dan perhiasan Krismas untuk keluarga tersebut.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles