Disiplin kriteria terpenting untuk kecemerlangan – Nik Mohd Nadzri

KENINGAU : Ketua UMNO Bahagian Keningau Nik Mohd Nadzri Nik Nawawi berkata, kriteria terpenting untuk cemerlang dalam pelajaran adalah disiplin.

Katanya, belajar yang menguasai dispilin dalam kehidupanya seharian, yang merangkumi dispilin dalam pembelajaran semasa berada di rumah dan tumpuan ketika guru mengajar di dalam klas adalah antara ciri utama yang akan membawa kejayaan kepada seorang pelajar.

“Untuk menjadi pelajar yang berjaya perlu ada tekad kesungguhan dan cita-cita yang merupakan kunci kejayaan dan pencapaianya” katanya ketika berucap memberikan mitovasi kepada para calon Sijil Pertengahan Malaysia (SPM) di Sekolah Menangah Kebangsaan Agama Keningau baru-baru ini.

Beliau berkata: ‘Saya percaya kemasukannya ke Stanford dilengkapi dengan semangatnya untuk selalu menyumbang sesuatu kepada masyarakat dan minatnya untuk belajar beberapa bahasa asing. Kami sebagai ibu bapa selalu mendoakannya terutama neneknya di Penampang yang tidak pernah gagal mendoakan semua cucunya”.

Program anjuran Biro Pendidikan UMNO Bahagian Keningau itu turut dihadiri oleh Pengerusi Biro Jamil Akok dan para pendidik di sekolah tersebut.

Selain itu Nik Mohd Nadzri turut mengesa para ibu bapa agar menganggap sekolah adalah tanggungjawab bersama melalui Sarana Ibu Bapa Sekolah yang diperkenalkan Kementerian Pendidikan Malaysia,

Beliau berkata, ia adalah inisiatif kerajaan untuk menyatukan setiap pihak berkepentingan termasuk ibu bapa dan masyarakat.

“Imej sekolah yang selama ini dilihat sebagai kepunyaan guru dan murid semata-mata perlu ditukar bagi menarik ibu bapa dan masyarakat bekerjasama dengan sekolah demi kepentingan pelajar,” katanya

Nik Mohd Nadzri berkata sarana ibu bapa dan sekolah mempunyai beberapa elemen penting yang menerangkan peranan kedu-dua pihak dalam membentuk modal insan berkualiti.

“Saya beranggapan untuk sesebuah sekolah itu berjaya dalam semua aspek, sekolah itu harus mendapat sokongan daripada semua pihak termasuk penglibatan aktif ibu bapa,” jelasnya.

Kata Nik Mohd Nadzri , tanggungjawab dan usaha mendidik anaka- anak bukan hanya terletak di bahu guru, sebaliknya semua pihak perlu membantu bagi tujuan berkenaan.

“Kerajaan mencadangkan ibu bapa yang mempunyai kepakaran dalam bidang-bidang tertentu disyorkan supaya menyumbang idea, tenaga, pengetahuan, kepakaran dan kewangan,” jelasnya.

Sehubungan itu, Nik Mohd Nadzri berharap sekolah tersebut akan terus membangun dan berkeupayaan menjadi institusi pendidikan yang hebat dan bertindak sebagai wacana dalam menyampaikan mesej, misi dan inspirasi kerajaan.

Pada majlis tersebut Nik Mohd Nadzri turut menyampaikan sumbangan kewangan untuk sekolah tersebut yang diterima oleh wakil Sekolah Ustaz Salimin.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles