KDM tangguh keputusan berkaitan kerjasama gabungan politik untuk hadapi PRN

KOTA KINABALU: Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) pada Ahad menangguhkan keputusan berkaitan dengan kerjasama gabungan politik bagi menghadapi pilihan raya negeri (PRN) yang mungkin diadakan lebih awal.

Advertisements

Ketua Penerangan KDM Dr Oswald Aisat Igau berkata parti itu menerima banyak tawaran dan perlu penelitian secara mendalam.

“Perkara ini akan diputuskan oleh Pimpinan Tertinggi dan akan dimaklumkan kelak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Oswald berkata KDM kini berada di blok kerajaan perpaduan di peringkat kerajaan persekutuan.

Oleh itu, katanya pendirian parti adalah selari dengan semangat kerajaan perpaduan atau kerajaan Madani.

“Di peringkat Wilayah Sabah pula, kita telah menyatakan sokongan terhadap kerajaan perpaduan sejajar saranan Perdana Menteri,” katanya.

Bagaimanapun, Oswald berkata sehingga kini, KDM masih berada di luar kabinet Negeri Sabah.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles