Sudah sampai masanya pilihan raya Kerajaan Desa dilaksanakan – Salleh

KOTA KINABALU: Anggota Dewan Undangan Negeri Usukan Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata sudah tiba masanya pilihan raya kerajaan desa dilaksanakan, khususnya Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) bagi meningkatkan keberkesanan perkhidmatan kerajaan peringkat akar umbi pada masa akan datang.

Advertisements

Beliau berkata proses pemilihan itu sebaiknya bukan secara administratif, sebaliknya pilihan raya kerajaan desa dibuat mengikut peruntukan undang-undang.

Oleh itu, Salleh mencadangkan agar syor berkaitan pilihan raya kerajaan desa itu dimasukkan sekali dalam Rang Undang-Undang Pentadbiran Luar Bandar (Pindaan )2023.

“Ini bagi memastikan kita terikat dengan peruntukan undang-undang, dan kita harus akur dengan keputusan pemilihan atau menerima hakikat siapa sahaja yang dipilih,” katanya.

Salleh berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-Undang Pentadbiran Luar Bandar (Pindaan )2023 di Dewan Undangan Negeri Sabah di sini hari ini.

Sambil menyokong penuh pembentangan rang undang-undang itu, Saleh yang juga bekas Ketua Menteri Sabah berkata sudah tiba masanya JKKK diiktiraf sebagai kerajaan desa.

“Ini bermakna kita akan ada empat kerajaan iaitu kerajaan persekutuan, kerajaan negeri, kerajaan tempatqn dan kerajaan desa.

“Ini kerana saya lihat dari dahulu lagi banyak masalah di peringkat bawahan atau akar umbi, dan sudah tiba masanya kita tidak mempolitikkan pentadbirqn peringkat bawahan,” katanya.

Menurutnya jika keadaan sekarang berterusan ia tidak akan menyelesaikan masalah.

“Kita seharusnya belajar mengurus perbezaan dan bukan sekadar mengurus persamaan. Kalau mengurus persamaan semua pun boleh tetapi kalau mengurus perbezaan bukan la mudah,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles