KUSKOP anjur Jualan Mega MADANI sempena sambutan setahun Kerajaan Perpaduan

KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) akan menganjurkan Jualan Mega Madani sempena Program Setahun Bersama Kerajaan Perpaduan pada 8 hingga 10 Disember ini, di Stadium Bukit Jalil.

Advertisements

Menterinya Datuk Ewon Benedick berkata, sepanjang tiga hari program itu, lapan segmen jualan mega akan dilaksanakan iaitu Jualan Rahmah, Jualan Madani Koperasi, Jualan Agro Madani, Jualan MyGrocer@Wilayah, Jualan Usahawan, Jualan Anekarasa Madani, Jualan Food Trucks dan Padanan Perniagaan.

Beliau berkata, setiap segmen akan dilaksanakan oleh pelbagai kementerian termasuk Kuskop, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).

“Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI itu menawarkan pelbagai barangan keperluan harian dengan diskaun sehingga 30% daripada harga pasaran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas temubual secara langsung menerusi Selamat Pagi Malaysia di TV1, sempena Setahun Bersama Kerajaan Madani: KUSKOP, di Angkasapuri RTM, di sini, hari ini.

Ewon berharap, lebih ramai rakyat Malaysia menceburi gerakan keusahawanan dan koperasi bukan setakat meningkatkan pendapatan tetapi sebagai punca pendapatan.

“Saya melihat gerakan koperasi dan keusahawanan ini sebagai inisiatif menoktahkan kemiskinan. Oleh itu saya berharap lebih ramai rakyat negara ini menceburi perniagaan,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles