Peter Anthony sanggup potong gaji YB demi IT untuk rakyat Pangi Tenom

KOTA KINABALU: Bekas Menteri Kerja Raya Sabah Datuk Peter Anthony sedia untuk dipotong gaji jika kerajaan GRS tidak mampu mengembalikan perkhidmatan Troli Pemeriksaan (IT) untuk kemudahan khususnya penduduk Kampung Pangi dan Rayoh di Tenom.

Beliau berkata perkhidmatan IT itu sangat penting terutama dalam kes-kes kecemasan.amu

“Sewaktu saya menjadi menteri dahulu, saya sediakan khidmat IT ini untuk membantu penduduk kampung di situ apabila berlaku kes kecemasan seperti sakit atau beranak dan sebagainya.

“Namun saya difahamkan khidmat IT sudah ditarik balik dan berharap kerajaan negeri (Kerajaan GRS) adakan semula khidmat IT.

“Dan saya sanggup dipotong gaji YB asalkan kemudahan IT yang sangat-sangat diperlukan penduduk Tenom (Pangi) diaktifkan semula,” katanya.

Peter yang juga presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) berkata demikian ketika membahaskan Belanjan 2024 di Dewan Undangan Negeri Sabah, di sini hari ini.

Beliau juga menzahirkan rasa kecewa jalan raya Keningau-Tenom tidak dimasukkan sebagai projek keutamaan dalam Belanjawan Sabah 2024.

“Jalan raya Keningau-Tenom sudah lama tidak dinaiktaraf dan merayu kerajaan negeri agar mengambil perhatian perkara ini demi kebaikan semua pihak,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles