Petanah sambut baik penubuhan Lembaga Padi Sabah tetapi kecewa penanaman padi bukit kurang diberi perhatian

TUARAN: Persatuan Petani dan Penternak Bumiputera Sabah (Petanah) menyambut baik inisiatif kerajaan negeri menubuhkan semula Lembaga Padi dan Beras Sabah yang diumumkan Menteri Kewangan Datuk Masidi Manjun ketika membentangkan Belanjawan Negeri 2024 pada Jumaat.

Advertisements

Presiden Petanah Gaibin Ransoi berharap penubuhan semula lembaga itu dapat meningkatkan pengeluaran padi di negeri ini.

Bagaimanapun, beliau menzahirkan rasa kecewa kerana inisiatif Petanah untuk membantu memperhebatkan penanaman padi bukit kurang diberi perhatian.

“Lima tahun yang lalu PETANAH sudah Mula merancang bagaimna menambah pengeluaran padi di Sabah dan kita dapati bahawa tanaman padi bukit secara besar besaran satu usaha yang paling mudah dibandingkan tanah sawah yg memerlukan peruntukan besar seperti persediaan tanah, perparitan Salian air sebab tanah sawah yang terbiar boleh diusahakan sudah menjadi hutan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Gaibin tanaman padi bukit hanya perlu tanah dan “perbelanjaan untuk mengusaha tidak begtu tinggi”.

Ini kerana pengusaha sudah tersedia dan terlatih sebab usaha itu diwarisi masyarakat Petani secara turun menurun beratus tahun dahulu, katanya.

Gaibin berkata Petanah telah memohon tanah seluan 2,180 ekar d daerah Nabawan tetapi sehingga sekarang “belum ada kepastian”.

“Kami ahli-ahli Petanah amat sedih sekali kerana kita bersungguh sungguh dalam usaha ini namun demikian kerajaan tidak ambil perhatian yang serius.

“Kalau rancangan Petanah ini terlaksana sudah tentu dapat membantu Kerajaan mengurangkan kos impot beras dari luar Negara, dan secara tidak langsung para petani dapat tingkatkan sara hidup melalui jualan beras tempatan,” katanya.

Katanya Petanah berharap kerajaan Sabah mengambil perhatian perkara tersebut.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles