Digitalisasi: KUSKOP laksana pelbagai program mantapkan usahawan PMKS

KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) telah melaksanakan beberapa insiatif yang memberi fokus kepada usaha-usaha mendigitalisasikan usahawan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) melalui pelbagai program.

Advertisements

Menterinya Datuk Ewon Benedick berkata, inisiatif itu ialah Mymall, Skim Pembiayaan Online TEKUN (SPOT), Skim SME Technology Transformation Fund (STTF), Program Pemantapan Penjaja dan Peniaga Kecil, Program Transformasi Teknologi dan Digitalisasi Koperasi dan Program Memperkasakan Digitalisasi Koperasi (C.O.D.E.).

Beliau berkata, Platform MyMall dibangunkan untuk menyediakan ruang pemasaran dalam talian secara percuma bagi produk atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh PMKS.

“Setakat ini jumlah penjual yang berdaftar di dalam platform ini berjumlah 1,277 orang dan telah menjana jualan sebanyak RM2.77 juta.

“Tekun Nasional juga menawarkan Skim Pembiayaan Online TEKUN (SPOT) bertujuan menyediakan modal pembiayaan kepada usahawan yang menjalankan perniagaan secara atas talian.

“Sejak dilaksanakan sehingga hari ini seramai 779 usahawan mendapat manfaat daripada skim ini melibatkan jumlah pembiayaan sehingga RM5.9 juta,” katanya dalam sesi pertanyaan lisan di Dewan Rakyat, kelmarin.

Beliau menjawab pertanyaan Dato’ Ramanan ramakrishnan (Sungai Buloh) yang bertanya apakah perancangan pihak kementerian mengenai program-program pembangunan dan pemantapan usahawan digital.

Ewon berkata, kementerian melalui SME Bank turut memperkenalkan Skim SME Technology Transformation Fund (STTF) yang menyediakan pembiayaan kepada PMKS meningkatkan penggunaan digital dalam operasi perniagaan.

“Melalui skim ini seramai 261 usahawan telah menerima manafaat melibatkan jumlah pembiayaan sebanyak RM301.15 juta.

“Manakala Program Pemantapan Penjaja dan Peniaga Kecil yang bertujuan memberi pendedahan dan meningkatkan pengetahuan mengenai pendigitalan perniagaan kepada penjaja dan peniaga kecil pula telah diadalan sebanyak 8 siri melibatkan 1,728 peserta daripada kalangan penjaja dan peniaga kecil,” katanya.

Ewon berkata, bagi memberi pendedahan kepada koperasi ke arah pembangunan teknologi dan digitalisasi dalam tadbir urus dan aktiviti koperasi, Program Transformasi Teknologi dan Digitalisasi Koperasi telah dilaksanakan.

“Program ini telah dilaksanakan sebanyak 3 siri dengan kerjasama Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) melibatkan jumlah peserta keseluruhannya 104 peserta daripada pelbagai koperasi.

“Selain itu, Program Memperkasakan Digitalisasi Koperasi (C.O.D.E.) juga dilaksanakan melalui Institut Koperasi Malaysia (IKMa) bertujuan menggalakkan koperasi menggunakan pemasaran digital.

“Pada tahun ini sahaja sebanyak 30 program dilaksanakan melibatkan 3,394 peserta daripada pelbagai koperasi,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles