UMNO tetap relevan menjaga kebajikan dan kepentingan rakyat

KENINGAU: UMNO tetap relevan sebagai sebuah parti yang tulen berpaksikan tanggungjawab, amanah serta ikhlas menjaga kepentingan rakyat.

Advertisements

Ketua UMNO Bahagian Keningau Nik Mohd Nadzri Nik Zawawi berkata, tidak dapat dinafikan, lebih 33 tahun UMNO menapak di negari ini banyak pembangunan dicapai selari dengan aspirasi untuk membangunkan negeri ini agar tidak jauh ketingalan dalam pelbagai aspek Pembangunan.

“Kesatuan sesama pemimpin UMNO bermula dari akar umbi hingga ke peringkat tertinggi semata-mata memfokuskan kebajikan rakyat dan mencongak usaha pembangunan berterusan demi kesejahteraan rakyat,” katanya selepas mengadakan ziarah dan menyampaikan bantuan di kampung Liawan dan kampung Muhibbah dekat sini pada Sabtu.

Menurut Mohd Nadzri, senario kehidupan rakyat hari ini berbeza dengan setuasi semasa khususnya aspek kebajikan perlu diberi tumpuan sejajar perbezaan jurang pendapatan, ekonomi, kemajuan pendidikan mahupun ditimpa penyakit dan bencana alam seperti banjir serta kebakaran.

“Senario ini antara cabaran UMNO di peringkat bahagian dan cawangan yang perlu dipikul dengan jujur, ikhlas dan berintergriti oleh ahli jawatankuasa termasuk sayap wanita, pemuda dan puteri sepanjang masa.

“Soal kebajikan penduduk wajar diberi keutamaan tanpa mengira musim kerana inilah budaya kerja UMNO yang sentiasa cakna kepada isu serta masalah yang dihadapi oleh rakyat,” katanya.

Nik Mohd Nadzri yang juga Pengerusi Sekretariat NGO dan Profesional Muda UMNO Sabah berkata, berasaskan keperluan itu, UMNO bahagian Keningau teah pun menubuhkan beberapa jawatankuasa yang dianggotai oleh ahli jawatankuasa (AJK) Bahagian termasuk sayap wanita, pemuda dan puteri untuk menangani hal kebajikan termasuk pengurusan politik dan anak muda.

“Jawatankuasa berkenaan akan bergerak mengikut tugasan masing-masing mendekati penduduk di semua ceruk dan tempat di sini serta pada masa yang sama cuba menyelesaikan isu berkaitan kebajikan dan sebagainya.

“Episod hitam politik di sini berikutan kekalahan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) berpunca dari pelabagai faktor antaranya fitnah yang disebarkan meluas melalui media sosial oleh parti lawan , kebajikan penduduk termasuk orang muda tidak ditangani dengan betul dan saya berharap melalui Biro yang dibentuk kita akan bangkit untuk memulihkan setiap kelemahan bagi persediaan menghadapi PRU dan PRN yang bakal diadakan”, katanya.

Menurut Beliau UMNO bahagian ini perlu bangkit semula kerana UMNO pernah mewakili salah satu kerusi di kawasan Parlimen Keningau sebelum ini.

“Jika kita mahu mengembalikan sejarah itu dan mahu menang kita perlu bekerja cara orang mahu menang dan ianya harus bermula dari sekarang dan digalas bersama antara kepimpinan UMNO bahagian dan cawangan “ tambah Nik Mohd Nadzri.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles