Ruddy disenaraihitam ROS tidak layak pegang jawatan dalam SAFA

KOTA KINABALU: Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (Safa), Dato Seri Ruddy Awah tidak layak memegang jawatannya dalam persatuan itu disebabkan beliau telah disenaraihitamkan oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS).

Advertisements

Jabatan pendaftar pertubuhan itu telah mengesahkan status Ruddy kehilangan kelayakan memegang jawatan dalam pertubuhan yang berdaftar berkuat pada 6 Jun tahun ini.

Surat ROS itu ditandatangani Shira Binti Anwar.

Kedudukan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pitas itu yang hilang kelayakan memegang jawatan dalam mana-mana pertubuhan berdaftar ketika ini turut ditularkan dalam media sosial.

Situasi itu juga bakal memudaratkan Safa kerana telah membenarkan Ruddy dicalonkan untuk bertanding jawatan naib presiden Safa dalam kongres tahunannya pada Mei lalu, yang mana kongres itu menerima bantahan kerana dijalankan tidak mematuhi perlembagaan persatuan itu.

Sebelum ini, Pesuruhjaya Sukan Sabah (PJS) telah melakukan siasatan terhadap pengendalian kongres Safa itu tetapi sehingga sekarang tiada sebarang tindakan diambil.

PJS difahamkan telah merujuk perkara tersebut dengan pihak atasan di Kuala Lumpur untuk tindakan selanjutnya.

Ruddy juga memegang jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Safa. Setelah dilaporkan portal yang mendedahkan jawatankuasa itu tidak berfungsi disebabkan sikap Ruddy menyepikan diri. Secara drastik, Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar itu memanggil mesyuarat mengejut di kementeriannya kelmarin untuk menggerakkan jawatankuasa yang beliau ketuai itu.

Sudah tiba masanya, PJS memainkan peranan untuk mengesahkan kedudukan Ruddy dalam Safa selain mengumumkan hasil siasatannya yang telah dijalankan terhadap Safa yang sudah berlarutan enam bulan.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles